My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



AIPC 6
Friday, April 13, 2012 | 11:41 AM | 0 comments

Bab 6

Phia datang ke rumah Mya malam itu. Sebenarnya, Phia sudah bosan berada di rumah tanpa kawan. Mujur, rumah mereka bertentangan. Hanya perlu berjalan beberapa langkah keluar dari pintu rumah sambil membuka pintu pagar lalu menyeberangi jalan raya dan sudah tiba ke tempat yang dituju.

“Tok…tok…tok…” Pintu di ketuk dari luar.

Mama Mya yang sedang membaca buku di ruang tamu meletakkan buku yang sedang di bacanya di atas meja. Kemudian dia bergerak untuk membuka pintu.

“Oh, kamu Phia. Ingatkan siapa tadi. Ha masuklah, Mya ada di dalam bilik.”

Phia tersenyum, “Terima kasih, Mak Cik.”

Phia pantas bergerak ke bilik Mya di tingkat atas. Pintu dibukanya seperti biasa. Dia mengeluh melihat kawan baiknya itu sedang menulis sesuatu di meja bulatnya.

“Apalah kau ni Mya, stop buat benda bodoh macam ini boleh tak? Tolong realistik sikit!” Phia bergerak menuju ke arah Mya. “Apa kau ingat Prince Charming tu wujud di alam realiti? Padahal itu semua rekaan, fantasi sajala Mya!”Ujar Phia menasihati Mya seperti kebiasaannya.

Mya Andrea memang terlalu taksub dengan cerita dongeng sejak kecil sehinggalah sekarang. Setiap peristiwa suka duka, Mya akan coretkan di dalam surat tersebut. Mya mahu Prince Charming membaca surat-surat tersebut selepas mereka berkahwin nanti supaya Prince Charming tahu apa yang dilaluinya sepanjang dia menantikan kehadiran Price Charming. Kemudian, surat-surat yang dikumpulnya itu di simpan ke dalam almari yang bersaiz besar. Setiap surat itu khas buat Prince Charming.

“Alah, biarlah. Lagipun, bukan kau tolong aku tulis pun. Kau tu jealous dengan Prince Charming sebenarnya sebab aku tak tulis satu surat pun untuk kau kan? Hehehe...” Kata Mya sambil terus menulis tanpa mengambil pusing kata-kata Phia.

“ Tak hairanlah aku dengan surat-surat  tu. Umur dah 17 tahun tapi fikiran macam budak umur 7 tahun!” Ujar Phia geram sambil duduk menghempaskan punggungnya di atas sofa.

“Ala lepas aku kahwin dengan Prince Charming nanti, aku stop la tulis surat-surat ni.” Mya sudah selesai menulis. Di letakkan surat yang baru ditulisnya ke dalam almari seperti surat-surat yang lain yang jelas tersusun kemas di tempatnya. Mya berlalu ke tandas untuk mencuci muka.

Tiba-tiba, sekeping kertas terbang melayang ke arah Phia. Kertas yang dicetak! Lalu, dipandang printer yang berada di tepinya. Kertas seperti itu telah dibuat cetakan beberapa keping. Dia membelek maklumat yang berada di dalam kertas tersebut.

Phia menggeleng-geleng kepala. "Hmm..Betul telahan aku, dia ni ada hati juga kat dia." Ujar Phia bermonolog.

“Eh, aku terlupa nak tanya kau , kau dah serahkan ke kertas yang kami isi tu?” Tanya Phia dengan nada ingin tahu. Hatinya seperti sudah dapat meneka sesuatu yang disembunyikan Mya.

“Kenapa?” Tanya Mya dari dalam tandas. Kemudian, dia segera keluar.

“Hmm… Sebab haritu, Miss Ivy ada tanya, dia dah edarkan ke belum kertas maklumat diri pelajar untuk kelas tiga sebab kertas-kertas tu macam tak terusik di meja gurunya. Katanya dia perlu segera update dalam website sekolah. Aku beritahu dia kau dah bagi kertas untuk isi butir-butir peribadi tu. Lepas tu dia cakap ok, tak mengapa.” Ujar Phia panjang lebar sambil mengingati perbualannya dengan cikgu penasihat kelas tiga itu.

“Err, kau takkan tak tahu Miss Ivy itu kan cikgu baru di sekolah? Aku dah siap update butir-butir peribadi kamu semua tu dalam website sekolah. Lagipun, aku masih ingat password sebab tahun lepas kan aku tolong Cikgu Pamela update benda-benda ni untuk kelab sosial? Tapi aku terlupa nak beritau di perkara ni. Hmm... Tengoklah esok aku jumpa dia sebelum pulang.” Bicara Mya sambil memegang tuala mengelap mukanya yang basah.

“Ok, tapi rajin juga kau buat kerja. Sejak bila ni kau jadi terlebih rajin ha? Aku hairan.” Sindir Phia sambil membuat muka bekerut.

“Stop buat andaian dalam otak! Masa tu aku tak banyak kerja la, so aku tolong dia update benda-benda ni.” Mya melemparkan tuala yang tersangkut di lehernya ke arah Phia. Padan muka!

“Ya ke? Or kau ada agenda lain? Mya Andrea, jangan nak pusing cakap, baik kau admit!” Phia mengangkat-angkat kening. Tuala di baling kembali kepada Mya.

“Hey, apa ni! Mana ada apa-apalah.” Mya Andrea gusar. Apakah rahsianya yang satu ini akan terbongkar di tangan Phia? Mya memandang printer. Aduh, patutlah! Aku terlupa nak simpan. Mya tepuk dahi.

Kemudian, dia menyangkut tuala dan bergerak duduk di sebelah Phia. Mya memasang DVD sebagai hiburan buat mereka berdua.

“Kau tak payah nak berdalih lagi. Aku rasa aku dah tahu. Hmm..Ni apa?” Sindir Phia sambil tangannya mengangkat kertas yang mempunyai maklumat peribadi Giov lalu di letakkan dalam genggaman Mya. “Miss Ivy suruh? Hahaha...ke nak kenal Giov? Cepat mengaku!”. Phia seperti tidak lagi berminat dengan DVD yang dipasangkan.

“Ok. Nampaknya, aku dah terperangkap. But before that, kau kena janji dulu dengan aku yang kau takkan bocorkan perkara ini. Janji?” Mya membuat tangan seperti untuk berjanji.

Phia membalas tangan dan berjanji. “Hmm...Janji!”

“Hari pertama Giov di sekolah, ramai perempuan yang nak berkenalan dengan dia. Kan dia seorang yang pendiam. Dia langsung tak layan. Aku ambil kesempatan bila Miss Ivy lantik aku jadi setiausaha kelas tiga. Tapi waktu tu baru idea ni muncul. Dan kau tak boleh salahkan aku 100% sebab aku turut menyalurkan maklumat ini ke jalan yang betul. Huhuhu…” Luah  Mya membocorkan diri.

“Hahaha. Jadi, kau pun suka dia? Dan kau dah anggap dia sebagai Prince Charming?” Phia membuat telahan. Hmm…Mya…Mya…hatinya mengeluh sendirian.

“Entahlah, aku tak tahu. Muka boleh tahan handsomenya tetapi tidak memenuhi kriteria Prince Charming idaman aku. Tidak romantik, pendiam malah dia macam bencikan perempuan.” Mya menjongket bahu.

“Betul. Dia tu seperti tiada keinginan langsung untuk mendampingi mana-mana perempuan!” Akui Phia. Phia sebenarnya turut menaruh hati pada Giovani. Tetapi sekarang dia rasa seperti Mya lebih layak memiliki Giov. Tetapi mengapa? Entahlah, dia sendiri tiada jawapan.

“Orang macam aku lagila dia tak pandang. Sudahlah dia terpaksa mengendong aku yang berat ni. Kau tahu, aku rasa malu sangat nak berhadapan dengan dia! Ben, John dan Kelvin tak apalah sebab mereka memang sudah lama mengenali aku.” Mya menutup muka apabila mengingati kejadian di Dream World. Peristiwa yang mengaibkan!

“Tapi tak ada pula aku dengar gosip yang dia merungut sebab kena kendong kau?” Cerita Phia.

“Tak mungkin kot?” Ujar Mya meragui.

“Betulla. Giov kan pendiam.” Omel Phia.

“Phia, aku takut kalau-kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan ketampanan Giov. Kau tahu kan ramai perempuan di sekolah kita menaruh hati? Dan mungkin kau salah seorang daripada mereka? Aku takut dikecewakan lagi.” Mya meluahkan perasaan.

“Ala kau ni merendah diri sangat. Aku tengok tak ada perempuan pun yang berjaya pikat Giov. So kau still ada peluang.” Bicara Phia dengan penuh bersemangat. Namun, di dalam hati Phia juga mahu Giov itu menjadi miliknya. Giovani yang kacak itu memang mampu mencairkan hati ramai perempuan.

“Maksud kau, kau nak aku luahkan perasaan aku kepada dia? Oh, tak mungkin! Mana aku nak letak muka aku ni jika dia tolak cinta? Tak mungkin!” Mya menggeleng tanda tak setuju.

“Atau kau masih mengharapkan cinta Zack?” Sekarang Phia cuba mengumpan hati sahabat baiknya itu.

“Gila! Tak naklah. Lagipun, aku dah dapat upakan dia. Kau tahukan Zack itu hanyalah BBF aka boy best friend?” Mya meluahkan hatinya. Teman rapat yang disangka bakal Prince Charmingnya itu telah pergi meninggalkan dirinya.

“Sorry Mya. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Tapi haritu, Zack tanya khabar kau.” Phia menyampaikan kata-kata Zack.

“It's ok. Kadang-kadang aku juga teringatkan dia.” Mya semakin galak meluahkan perasaan.

Tiba-tiba telefon bimbit Phia berbunyi.

Panggilan daripada mama!

“Hello Ma, ya. Sekejap je Phia dah nak balik ni.” Ujar Phia kepada mamanya melalui corong telefon. Kemudian, dia diletak. “Wei, aku kena balik sekarang. Mama aku dah marah ni. Jumpa esok!”

“Take care!.” Mya membalas.

Mya bergerak ke arah katilnya. Dia menutup DVD yang terpasang itu. Sekarang, dia memasang lagu You Took My Heart Away melalui MP3. Kenangan mula berligar di benak fikiran. Sudah! Lebih baik aku tidur kalau tak mengalir lagi air mata ini. Omel Mya di dalam hati sambil menarik selimut.

Keesokkan harinya, Giovani hairan dengan kehadiran sepucuk surat yang berada di dalam lokernya. Dia baru sedar akan kehadiran surat tersebut ketika sedang mengemas buku di dalam ruangan loker sebelum pulang.
     
Sementara menunggu Ella di dalam kereta, dia membuka dan membaca surat tersebut. Namun surat tersebut tidak pula mempunyai pengenalan diri si pengirim. Dia berasa pelik dengan kehadiran surat tersebut yang menceritakan kisah penantian seorang gadis yang sangat mengharapkan Prince Charming untuk melamarnya. Dia membaca ayat terakhir yang mendebarkan dadanya.

"Aku harap kau akan jadi Prince Charming kepada Mya Andrea kerana dia sudah lama menantikan kehadiran seorang Prince Charming di dalam hidupnya."

Dalam hati dia tertanya-tanya siapakah si pengirim surat tersebut? Mengapa si pengirim surat ini beria-ia menyuruhnya menjadi Prince Charming kepada Mya? Dan benarkah surat itu untuk dia? Prince Charming? Otaknya ligat berfikir manakala hati pula jadi tak keruan. Dia mula teringin untuk menyiasatnya.

Ella membuka pintu kereta dan masuk. Giovani menghidupkan enjin kereta dan meluncur pulang. Suasana sunyi sepi seperti biasa. Ella pula sedang membaca novel. Pada Giov, Ella memang seorang yang gemar membaca novel. Sejak Ella menumpangnya, sudah dua buah buku yang dibacanya. Pada mulanya, Giov memang ingin tahu tentang surat yang diterimanya dengan Ella, namun dia rasa tidak sesuai untuk berbicara hal ini. Risau! Takut terasa hati kerana perasaan perempuan tidak boleh di duga.

Ketika tiba di rumah, mama menghampirinya dengan satu sampul surat putih di tangan. Giovani hairan, surat lagi! Surat apa pulak ni? Gumamnya di dalam hati.

“Ini surat untuk kamu. Dari King Edward III.” Ujar mamanya tersenyum sambil menghulurkan surat tersebut kepada Giovani dan berlalu ke dapur menyiapkan makan malam.

“Terima kasih.” Jawabnya sepatah.

Giovani meletakkan surat tersebut di atas meja belajarnya lalu berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian, dia turun makan dan seterusnya melakukan kerja sekolah sehingga ke malam. Apabila selesai menyiapkan semuanya, Giovani terpandang sampul surat putih tadi. Surat itu dahulu merupakan satu-satunya surat yang paling ditunggu-tunggu olehnya. Kini mengapa perasaan itu sudah berubah sejak dia berpindah ke sekolah ini?
         
George kaget dengan tingkah Giovani. George berjalan ke arah sofa yang terletak berdekatan dengan meja belajar lalu menghempaskan punggungnya duduk.

“Kenapa kau tak buka? Kau takut ke? Giov, kalau kau tak buka sekarang ni nanti terlepas pula tarikh pendaftarannya. Bukalah Giov.”

“Hmm…malas esok-esoklah aku buka. Sudahlah, aku mengantuk aku nak tidur.” Ujar Giovani yang bergerak ke arah katil empuknya itu. Giovani sudah tidak kisah dengan isi surat tersebut buat masa sekarang.

“Tapi bukalah dulu aku nak tahu juga apa katanya. Aku rasa bangga surat itu untuk kau. Dah lama kau tunggu surat ni, bila dah dapat tak nak buka pula. Cepatlah Giov aku tunggu ni.” George memujuk kembarnya itu.

“Huhhhh...” Giovani mula mengeluh. Dia yang sudah mula mengantuk bangun semula mengambil sampul surat tersebut lalu diserahkan kepada George. “Kau bangga kan? Nah, aku bagi kau buka. Esok kau beritahu aku jawapannya. Dah aku nak tidur jadi tolong jangan kacau aku.”

George menepis tangan Giovani. “Ini surat kau, seharusnya kau yang buka! Cepatlah aku dah tak sabar ni.”

“Kalau begitu kau tunggu sahaja esok sebab malam ni aku tak ada mood nak baca.” Balas Giovani malas.

“Kenapa susah sangat nak buka? Koyak je kan? Lagipun masih awal lagi." George memandang jam di dinding. "Hmm...baru nak dekat pukul 11 malam."

“Ish kau ni kenapa? Aku kata esok-esoklah aku buka. Aku nak tidur kau tak faham ke?” Giovani menengking George yang sudah menaikkan darahnya.

“Kau ni kenapa nak marah-marah aku pula? Aku cuma suruh kau buka surat tu je. Lagipun surat tu kan penting untuk masa depan kau. Jadi aku nak tengoklah apa jawapannya.”

Giovani rasa bersalah kerana menengking kembarnya. “Sorry George. Aku tak patut tengking kau.”

“Aku maafkan kau bila kau buka surat tu malam ni juga.” George tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Berjaya!

“Ok.” Jawab Giovani sepatah. Dia membukanya dengan perasaan yang bercampur baur.

Giovani menggeleng-geleng memandang surat yang di bacanya. Hatinya jadi kacau. Dia seolah-olah tidak percaya. Dibacanya berulang kali takut tersalah baca.

Tahniah Anda Terpilih untuk Meneruskan Pengajian di Sekolah King Edward III

Giovani memandang George yang seolah-olah tahu jawapannya. “Aku…Aku diterima?”. Soalnya meminta kepastian.

“Oh!” George dengan nada merajuk tak nak layan.

“Aku rasa mereka salah orang!” Ujar Giovani yang masih tidak percaya dengan jawapan yang dibacanya itu.

“Apa yang kau mengarut? So? Kau nak stay here atau bersekolah di sana?” Tanya George sambil menepuk bahu kiri Giovani. “Nampaknya kau berjaya!.”

“Hmm…Tapi aku suka hidup di sini. Kau ada. Malah, aku dapat kawan-kawan baru di sekolah.” Giovani bungkam. Dia tidak mampu membendung kesedihan untuk berpisah dengan mereka yang menceriakan harinya.

“Giov, jangan jadi bodoh. Kalau kau tak nak pergi, mengapa dari dulu kau bersusah payah berusaha untuk melayakkan diri? Kau lupa ke berapa ramai yang menjalani temuduga bersama-sama dengan kau dulu?” Tanya George.

“Aku cuma nak papa bangga dengan aku.” Luah Giovani. Giov tahu papa terasa hati apabila kawan-kawannya sering menceritakan tentang kehebatan anak-anak mereka yang sering mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan guru-guru. Manakan tidak, Giov seorang yang tidak aktif langsung di sekolahnya dan sering menyendiri.

Giov tekad untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang melibatkan sains kerana dia yakin dengan minatnya yang mendalam terhadap sains mampu membuahkan hasil. Dia menjadi johan dalam beberapa pertandingan kerana ciptanya yang unik seperti model kereta yang boleh memandu sendiri dan robot haiwan kesayangan.

“Kau lupa ke yang kau dah banyak buang masa untuk tawaran ini? Kau dah buang masa menyiapkan tesis.” George mengingatkan.

Giovani hanya mampu terdiam mengenangkan penat lelah yang dilaluinya selama ini. Benar, dia dah banyak membuang masa jika ditolak.

“Kau belajar piano untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sekarang kau hendak biarkan saja?” George mengungkit.

Giov sebak dengan keprihatinan George selama ini. “Aku tahu.”

“Giov, sekarang kau adalah Edwardy. Kau berhak berada di sana dan menempa nama untuk masa depan yang lebih cerah. Jangan biarkan peluang yang cukup bermakna ini berlalu begitu kerana tiada peluang kedua kepada yang menolak dan ditolak.” George terpaksa bertegas.

“Kalau aku pergi, kau bagaimana?” Tanya Giovani dengan nada masih bersalah.

“Jangan risaukan aku.” Ujar George sambil menguntum senyum.

“Nampaknya kita tidak akan berjumpa untuk tempoh yang lama selepas ini. Kau sedia maklumkan peraturan-peraturan yang mereka kenakan?” Balas George sambil mengeluh.

"Jangan risaulah Giov. Aku sentiasa ada di samping kau bila kau sunyi. Papa dan mama pasti faham. Mereka tentu gembira jika mengetahui keputusan kau." Ujar George sambil tersenyum.

Giovani mencapai telefon dan menghantar mesej kepada Ben tentang berita perpindahannya.

Pagi tersebut mereka ada kelas sejarah bersama-sama dengan cikgu Danish. Mereka harus segera pergi ke kelas di tingkat dua kerana jaraknya yang jauh dari tempat loker memakan masa yang lama untuk sampai.

“Kelvin, jom lah cepat. Kau tunggu apa lagi? Aku tak nak nanti cikgu Danish kenakan denda untuk kita sebab lambat.” Ujar Ben

“Eh, tak nak tunggu Giov ke? Kenapa dia lambat ya harini?” Kelvin bertanya.

“Giov? Engkau tak tahu ke? Engkau ni bergurau ye?” Sindir Ben yang seolah-olah tidak percaya dengan pertanyaan Kelvin.

“Kenapa pula? Aku pun tak tahu apa-apa ni. Apa maksud kau?” John pula pelik.

“Giovani Evans dah berpindah sekolah mulai hari ini. Jadi jom cepat sebelum kita kena denda.” Ben menjawab pertanyaan mereka berdua.

Mereka pun segera berjalan sambil soalan terus di lontar.

“Biar betul, tapi dia baru je berpindah ke sini kan? Kenapa pindah lagi?” Kelvin bertanya lagi.

“Dia terima tawaran ke sekolah King Edward III. Dia akan lapor diri hujung minggu ni. Nanti papanya akan datang ke sekolah untuk membuat urusan pertukaran. Mungkin dia tidak dapat datang sebab dia akan ikut mamanya pergi bershopping barang-barang keperluan.” Ben menjelaskan kepada kawan-kawannya itu.

“King Edward?!! Wow! Jom kita pergi melawat dia sebelum dia pergi?” Cadang John.

“Ok. Nanti aku beritahu dia.”
         
“Tak sangka aku Giov terpilih sebagai Edwardy!" Ujar Kelvin kagum.

“Oh yeah, korang diam-diam je [erkara ni. Giov taknak perkara ini dihebohkan. Jangan beritahu orang lain ok!”

Kedua-duanya mengangguk tanda faham. Tetapi mereka tidak sedar akan kehadiran seorang perempuan yang sedang berjalan di belakang mereka sudah mendengar segala percakapan mereka sejak mula. Mereka menaiki tangga ke tingkat dua manakala perempuan itu pula bergerak ke tingkat satu menuju ke makmal Fizik.


Old things