My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 8
Tuesday, March 6, 2012 | 6:05 PM | 2 comments
Bab 8,


                 Fiona Ferez berjalan mendekati geng Velvet yang berada di meja panjang yang kedua di sebelah kiri sambil tangannya memegang sebuah buku latihan Fizik. Dia terpaksa turun semula ke bawah untuk mengambil buku yang ditinggalnya di dalam loker semalam. Dia masuk ke makmal dan mengambil tempat di sebelah Naliz seperti biasa.
“Kau mesti dah siapkan semua latihan yang dia bagi kan? Nak tengok.” Ujar Naliz yang memandang Fiona seperti biasa untuk meniru jawapan Fizik. Dia tidak suka dengan subjek yang berkaitan dengan kira-kira. Baginya, Fizik adalah satu subjek yang sukar dan terlalu rumit untuk pelajar sepertinya. Walaupun dia mempunyai seorang tutor peribadi, namun dia masih tidak memahami konsep yang di ajarkan biarpun berulang-ulang kali.
“Kau nak tahu yang mana?” Tanya Fiona pula. Dia sudah kenal benar dengan sahabatnya yang seorang ini, kerjanya asyik tertangguh dan suka meniru. Dia kasihan melihat Naliz yang tidak mampu memahami konsep fizik dengan baik biarpun sudah masuk tahun ketiga mereka belajarnya. Dia rela mengajarkan konsep dan cara untuk mendapatkan jawapan daripada membiarkan Naliz terus-terusan meniru.
“Ala letakla buku kau di atas meja. Aku nak salin jawapan kau, cepatlah.” Kata Naliz dengan geram kerana Fiona sedang membuang masanya untuk menyalin.
“Hmmm…Sampai bilala kau nak mahir kalau kerjanya asyik menyalin saja?” Luah Fiona dengan keluhan.
“Ok, tapi tolongla kali ini saja. Aku tak nak nanti dia denda aku lagi macam minggu lepas sebab aku dah janji nak siapkan kerjanya kali ini. Tolong aku merayu pada kau.” Naliz merayu. Dia takut kerana pada bila-bila masa saja cikgunya itu akan muncul.
“Nahlah. Kali ini saja. Lain kali aku tak nak biarkan kau tiru aku lagi. Aku nak ajar kau. Kau ni sejak dari tahun lepas lagi bagi alasan yang sama.” Ujar Fiona dengan kecewa.
“Kau memang baik.” Ujar Naliz dengan senyuman sambil tangannya ligat menyalin jawapan-jawapan ke dalam bukunya.
“Habislah kau waktu peperiksaan O-level nanti sebab kau dah tak boleh meniru. Lebih baik kau mula belajar dari sekarang Naliz sementara masih awal atau kau akan gagal. Ingat, kita sudah tahun ketiga, kita akan menduduki O-level hujung tahun ini.” Kata Sophia memberi nasihat. Dia memandang gelagat Naliz yang pantas menyalin jawapan-jawapan itu.
“Aku tahulah. Aku rasa menyesal sekarang ini sebab aku tidak menukar ke bidang yang lain di sebabkan mama dan papa aku.” Naliz sudah muak mengulang jawapannya sejak dahulu. Sebenarnya, dia memang ingin menukar ke bidang yang lain tetapi ibu bapanya menghalang tindakkannya berbuat sedemikian. Mereka berpendapat bidang sains akan menjamin masa depan anaknya.
“Betul cakap Phia. Kau masih ada masa sekarang ni untuk kau belajar.” Jawab Mya yang sejak dari tadi diam. Dia puas memerhati sekeliling mencari susuk tubuh jejaka itu tetapi tidak ada.
Cikgu Trevor mengetuk pintu perlahan dan masuk ke dalam makmal sambil menjinjing beg hitamnya. Dia memulakan sesi pembelajaran bab baru dengan menggunakan slide. Semua pelajar diam tidak berani berbuat bising kerana dia seorang cikgu yang cukup garang dan tegas. Di sekolah, dia merupakan cikgu yang paling digeruni oleh pelajar kerana dia garang dan berbadan sasa. Ini membuatkan ramai pelajar takut untuk berhadapan dengannya. Namun, dia agak rapat dengan geng Velvet terutamanya Mya dan Sophia yang selalu bertanyakan soalan.
Ketika mengajar, cikgu Trevor akan memberikan penjelasan dengan cukup jelas dan mengajarkan mereka langkah demi langkah. Dia akan mengulang penjelasannya beberapa kali di ikuti dengan latihan. Cikgu Trevor juga akan mengedarkan kertas cetakan nota dan latihan untuk memudahkan pelajar-pelajarnya. Dia tidak suka membiarkan pelajarnya menyalin soalan dan membuang banyak masa. Justeru, dia akan menyiapkan cetakan untuk mereka. Tinggal mereka menyelesaikan jalan kira yang di minta di dalamnya. Dia memang seorang yang cukup teliti, dia akan memastikan pelajar-pelajarnya faham ketika selesai menerangkan sesuatu konsep. Masalahnya adalah apabila ada yang malu untuk mengakui yang mereka tidak memahami konsepnya seperti Naliz.
Kini, dia sudah beralih kepada uji kaji yang perlu dilakukan oleh pelajarnya. Dia menerangkan tujuan dan cara melakukan uji kaji tersebut dengan selamat. Selesai semuanya, cikgu Trevor mendekati pelajar-pelajarnya untuk melihat hasil uji kaji yang dijalankan. Ketika dia mendekati geng Velvet, dia bertanyakan sesuatu kepada Mya.
“Mana Giovani?” Tanya cikgu Trevor.
“Saya tak tahu cikgu. Mungkin tidak hadir kerana sejak tadi saya tidak nampak kelibat dia di sekolah.” Jawab Mya jujur.
“Dia dah pindah cikgu.” Celah Fiona.
Semua mata tertumpu ke arah Fiona yang menyembunyikan perkara ini daripada mereka. Giovani berpindah? Sejak bila pula si Fiona ini ambil pusing hal Giovani? Atau memang dia juga menaruh hati terhadap Giovani seperti kebanyakkan pelajar yang lain? Muka Mya panas dan di sembunyikan rasa cemburu di dalam hatinya. Dia tahu, jika dibandingkan dia dengan Fiona, pasti Giovani akan memilih Fiona kerana rupa parasnya yang cantik itu lebih layak untuk berdampingan dengan Giovani. 
“Baiklah.” Ujar cikgu Trevor sepatah dan berlalu.
Kini soal siasat di antara mereka di mulakan. Mya menarik nafas panjang mencari semangat untuk bertanya.
“Macam mana kau tahu Giovani dah pindah?” Tanya Mya sebaik cikgu berlalu. Patutlah hari ini dia tidak nampak Giovani di sekolah. Kenapa Giovani berpindah dengan begitu cepat? Tetapi, dia juga yang berharap agar dia tidak lagi bertembung dan bersemuka dengan Giovani sejak peristiwa di Dream World.
“Aku terdengar Ben bercakap dengan John dan Kelvin pasal ni masa aku menuju ke makmal. Tetapi kau jangan pula pergi bertanyakan hal ini kepada mereka sebab Giov yang minta perkara ini di rahsiakan daripada semua.” Fiona menjelaskan perkara sebenar.
“Dia pindah ke mana?” Tanya Sophia pula.
“Entah.” Fiona terpaksa menyembunyikan perkara sebenar kerana dia tidak mahu rahsia ini pecah gara-gara dia terdengar perbualan pelajar lelaki tadi. Malah, dia hormat dengan keputusan Giovani untuk merahsiakan berita ini.
“Ok. Tapi kenapa begitu cepat?” Sophia bertanya lagi manalah tahu si Fiona ini akan memberitahunya jawapan.
“Aku tak pasti.” Bohong Fiona lagi. Di dalam hatinya, dia rasa sangat bersalah kerana terpaksa berbohong.
“Aku rasa mungkin sebab aku. Salah aku juga sebenarnya. ” Ujar Mya yang asyik runsing memikirkan kejadian di Dream World tempoh hari.
Mereka semua hairan. Kenapa pula dengan si Mya ni?
“Ingat tak masa kejadian lepas balik dari Dream World haritu? Aku rasa mungkin sebab itu dia berpindah. Dia tahu aku malu untuk berhadapan dengannya lagi.” Jelas Mya.
Ketawa meletus di meja itu. Semua pelajar memandang ke arah kumpulan itu. Mereka segera diam!
“Kau merepek la Mya. Tak mungkin!” Jawab Naliz sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“Taklah Mya. Aku rasa sebab lain.” Jawab Fiona pula. Dia seolah-olah ingin menerangkan perkara sebenarnya namun dia berbelah bagi.
“Betul tu, aku yakin pasti ada sebab lain. Kau tak payah risaulah Mya.” Ujar Sophia pula.
Mereka semua menggeleng-geleng kepala dengan perangai Mya.
“Tapi sayang, Prince Charming sekolah sudah tiada. Nampaknya ada orang akan merindui si dia la selepas ini.” Ujar Sophia lagi. Dia memerhatikan wajah Mya yang ternyata berubah merah.
“Maksud kau mesti si Mya kan?” Tanya Naliz yang seperti sudah dapat mengagak maksud sebenarnya.
“Hmm...Aku sedih dia pindah. Kenapa semua perlu pindah? Dah tak boleh nak tengok muka dia yang kacak tu lagi. Sudahlah gambar dia sekeping pun aku tiada.” Luah Mya jujur. 
“Eh, aku ada tangkap gambar dia tetapi belum dicuci. Ingat tak masa kau tidur di dalam kereta? Kami semua turun bergambar berlatar belakangkan laut. Gambar dia dengan kami semua, gambar dia dengan aku dan gambar dia seorang pun ada. Jangan marah Mya.” Ujar Fiona pula. Sebenarnya dia cuba menyakat Mya Andrea.
Semua tertawa apabila muka Mya berubah masam.
“Nanti kau cuci lebih, aku nak simpan. Boleh la aku nak juga.” Pinta Mya bersungguh-sungguh.
“Kau kejam Fiona! Kesian dia. Mana ada kami semua bergambar dengan Giovani sebab dia malas nak turun kereta. Dia duduk dalam kereta dengan kau masa tu.” Terang Naliz jujur.
“Cakaplah betul-betul, apa ni? Mana yang betul?” Tanya Mya meminta kepastian.
“Betul, dia tak turun, dia teman kau dalam kereta haritu.” Sophia menjawab pertanyaan Mya.
“Betul?” Tanya Mya sambil tersenyum bahagia.
Semua menggangguk-angguk. Yang jelas, mereka memang sudah dapat mengagak hal ini sejak dari mula. Mya Andrea memang menaruh hati terhadap Giovani. Tidak salah lagi!

Labels:



Old things | New things