My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 6
Monday, February 20, 2012 | 10:05 AM | 1 comments
Bab 6
          
           Phia datang ke rumah Mya malam itu. Sebenarnya, Phia sudah bosan berada di rumah tanpa kawan. Mujur, rumah mereka bertentangan. Hanya perlu berjalan beberapa langkah keluar dari pintu rumah sambil membuka pintu pagar lalu menyeberangi jalan raya dan sudah tiba ke tempat yang dituju.

          “Tok…tok…tok…” Pintu di ketuk dari luar. 

          Mama Mya yang sedang membaca buku di ruang tamu meletakkan buku yang sedang di bacanya di atas meja. Kemudian dia bergerak untuk membuka pintu. 


          “Oh, kamu Phia. Ingatkan siapa tadi. Ha masuklah, Mya ada di dalam bilik.”

          Phia tersenyum, “Terima kasih Mak Cik.” Phia pantas bergerak ke bilik Mya di tingkat atas. Pintu dibukanya seperti biasa. Dia mengeluh melihat kawan baiknya itu sedang menulis sesuatu di meja bulatnya.

           “Apalah kau ni Mya, stop buat benda bodoh macam ini boleh tak? Tolong realistik sikit!” Phia bergerak menuju ke arah Mya. “Apa kau ingat Prince Charming tu wujud di alam realiti? Padahal itu semua rekaan...fantasi sajala Mya!”Ujar Phia menasihati Mya seperti kebiasaannya.

           Mya Andrea memang terlalu taksub dengan cerita dongeng sejak kecil sehinggalah sekarang. Setiap peristiwa suka duka, Mya akan coretkan di dalam surat tersebut. Mya mahu Prince Charming membaca surat-surat tersebut selepas mereka berkahwin nanti supaya Prince Charming tahu apa yang dilaluinya sepanjang dia menantikan kehadiran Price Charming. Kemudian, surat-surat yang dikumpulnya itu di simpan ke dalam almari yang bersaiz besar. Setiap surat itu khas buat Prince Charming.

           “Alah, biarlah. Lagipun, bukan kau tolong aku tulis pun. Kau tu jealous dengan Prince Charming sebenarnya sebab aku tak tulis satu surat pun untuk kau kan? Hehehe...” Kata Mya sambil terus menulis tanpa mengambil pusing kata-kata Phia.

           “ Tak hairanlah aku dengan surat-surat  tu. Umur dah 17 tahun tapi fikiran macam budak umur 7 tahun!” Ujar Phia geram sambil duduk menghempaskan punggungnya di atas sofa.

           “Ala lepas aku kahwin dengan Prince Charming nanti, aku stop la tulis surat-surat ni.” Mya sudah selesai menulis. Di letakkan surat yang baru ditulisnya ke dalam almari seperti surat-surat yang lain yang jelas tersusun kemas di tempatnya. Mya berlalu ke tandas untuk mencuci muka. 

          Tiba-tiba, sekeping kertas terbang melayang ke arah Phia. Kertas yang dicetak! Lalu, dipandang printer yang berada di tepinya. Kertas seperti itu telah dibuat cetakan beberapa keping. Dia membelek maklumat yang berada di dalam kertas tersebut. 


              Phia menggeleng-geleng kepala. "Hmm..Betul telahan aku, dia ni ada hati juga kat dia." Ujar Phia bermonolog.

           “Eh, aku terlupa nak tanya kau , kau dah serahkan ke kertas yang kami isi tu?” Tanya Phia dengan nada ingin tahu. Hatinya seperti sudah dapat meneka sesuatu yang disembunyikan Mya.

            “Kenapa?” Tanya Mya dari dalam tandas. Kemudian, dia segera keluar.

            “Hmm… Sebab haritu, Miss Ivy ada tanya, dia dah edarkan ke belum kertas maklumat diri pelajar untuk kelas tiga sebab kertas-kertas tu macam tak terusik di meja gurunya? Katanya dia perlu segera update dalam website sekolah. Aku beritahu dia kau dah bagi kertas untuk isi butir-butir peribadi tu. Lepas tu dia cakap ok, tak mengapa.” Ujar Phia panjang lebar sambil mengingati perbualannya dengan cikgu penasihat kelas tiga itu.

             “Err, kau takkan tak tahu Miss Ivy itu kan cikgu baru di sekolah? Aku dah siap update butir-butir peribadi kamu semua tu dalam website sekolah. Lagipun, aku masih ingat password sebab tahun lepas kan aku tolong Cikgu Pamela update benda-benda ni untuk kelab sosial? Tapi aku terlupa nak beritau di perkara ni. Hmm... Tengoklah esok aku jumpa dia sebelum pulang.” Bicara Mya sambil memegang tuala mengelap mukanya yang basah.

            “Ok, tapi rajin juga kau buat kerja. Sejak bila ni kau jadi terlebih rajin ha? Aku hairan.” Sindir Phia sambil membuat muka bekerut.

            “Stop buat andaian! Masa tu aku tak banyak kerja la, so aku tolong dia update benda-benda ni.” Mya melemparkan tuala yang tersangkut di lehernya ke arah Phia. Padan muka!

           “Ya ke? Or kau ada agenda lain? Mya Andrea, jangan nak pusing cakap, baik kau admit!” Phia mengangkat-angkat kening. Tuala di baling kembali kepada Mya.

           “Hey, apa ni! Mana ada apa-apalah.” Mya Andrea gusar. Apakah rahsianya yang satu ini akan terbongkar di tangan Phia? Mya memandang printer. Aduh, patutlah! Aku terlupa nak simpan. Mya tepuk dahi.

            Kemudian, dia menyangkut tuala dan bergerak duduk di sebelah Phia. Mya memasang DVD sebagai hiburan buat mereka berdua. 

           “Kau tak payah nak berdalih lagi. Aku rasa aku dah tahu. Hmm..Ni apa?” Sindir Phia sambil tangannya mengangkat kertas yang mempunyai maklumat peribadi Giov lalu di letakkan dalam genggaman Mya. “Miss Ivy suruh? Hahaha...ke nak kenal Giov? Cepat mengaku!”. Phia seperti tidak lagi berminat dengan DVD yang dipasangkan.

            “Ok. Nampaknya, aku dah terperangkap. But before that, kau kena janji dulu dengan aku yang kau takkan bocorkan perkara ini. Janji?” Mya membuat tangan seperti untuk berjanji.

             Phia membalas tangan dan berjanji. “Hmm...Janji!”

             “Hari pertama Giov di sekolah, ramai perempuan yang ingin berkenalan dengan dia. Tapi sayang, dia seorang yang pendiam. Aku ambil kesempatan bila Miss Ivy lantik aku jadi setiausaha kelas tiga. Tapi waktu tu baru idea ni muncul. Dan kau tak boleh salahkan aku 100% sebab aku turut menyalurkan maklumat ini ke jalan yang betul. Huhuhu…” Luah  Mya membocorkan diri.

           “Hahaha. Jadi, kau pun suka dia? Dan kau dah anggap dia sebagai Prince Charming?” Phia membuat telahan. Hmm…Mya…Mya…hatinya mengeluh sendirian.

           “Entahlah, aku tak tahu. Muka boleh tahan handsomenya tetapi tidak memenuhi kriteria Prince Charming idaman aku. Tidak romantik, pendiam malah dia macam bencikan perempuan.” Mya menjongket bahu.

           “Betul. Dia tu seperti tiada keinginan langsung untuk mendampingi mana-mana perempuan!” Akui Phia. Phia sebenarnya turut menaruh hati pada Giovani. Tetapi sekarang dia rasa seperti Mya lebih layak memiliki Giov. Tetapi mengapa? Entahlah, dia sendiri tiada jawapan.

           “Orang macam aku lagila dia tak pandang. Sudahlah dia terpaksa mengendong aku yang berat ni. Kau tahu, aku rasa malu sangat nak berhadapan dengan dia! Ben, John dan Kelvin tak apalah sebab mereka memang sudah lama mengenali aku.” Mya menutup muka apabila mengingati kejadian di Dream World. Peristiwa yang mengaibkan!

          “Tapi tak ada pula aku dengar gosip yang dia merungut sebab kena kendong kau?” Cerita Phia.

          “Tak mungkin kot?” Ujar Mya meragui.

          “Betulla. Giov kan pendiam.” Omel Phia.

          “Phia, aku takut kalau-kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan ketampanan Giov. Kau tahu kan ramai perempuan di sekolah kita menaruh hati? Dan mungkin kau salah seorang daripada mereka? Aku takut dikecewakan lagi.” Mya meluahkan perasaan.

           “Ala kau ni merendah diri sangat. Aku tengok tak ada perempuan pun yang berjaya pikat Giov. So kau still ada peluang.” Bicara Phia dengan penuh bersemangat. Namun, di dalam hati Phia juga mahu Giov itu menjadi miliknya. Giovani yang kacak itu memang mampu mencairkan hati ramai perempuan.

           “Kau nak aku luahkan perasaan aku kepada dia? Oh, tak mungkin! Mana aku nak letak muka aku ni jika dia tolak cinta? Tak mungkin!” Mya menggeleng tanda tak setuju.

           “Atau kau masih mengharapkan cinta Zack?” Sekarang Phia cuba mengumpan hati sahabat baiknya itu.

           “Gila! Tak naklah. Lagipun, aku dah dapat upakan dia. Kau tahukan Zack itu hanyalah BBF aka boy best friend?” Mya meluahkan hatinya. Teman rapat yang disangka bakal Prince Charmingnya itu telah pergi meninggalkan dirinya.

          “Sorry Mya. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Tapi haritu, Zack tanya khabar kau.” Phia menyampaikan kata-kata Zack.

          “It's ok. Kadang-kadang aku juga teringatkan dia.” Mya semakin galak meluahkan perasaan.

              Tiba-tiba telefon bimbit Phia berbunyi. 


              Panggilan daripada mama!

          “Hello Ma, ya. Sekejap je Phia dah nak balik ni.” Ujar Phia kepada mamanya melalui corong telefon. Kemudian, dia diletak. “Wei, aku kena balik sekarang. Mama aku dah marah ni. Jumpa esok!”

          “Take care!.” Mya membalas.

          Mya bergerak ke arah katilnya. Dia menutup DVD yang terpasang itu. Sekarang, dia memasang lagu You Took My Heart Away melalui MP3. Kenangan mula berligar di benak fikiran. Sudah! Lebih baik aku tidur kalau tak mengalir lagi air mata ini. Omel Mya di dalam hati sambil menarik selimut.

Labels:



Old things | New things