My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 2
Thursday, February 16, 2012 | 3:08 AM | 6 comments
Bab 2
              Cuaca pada petang itu sungguh sejuk. Tamat sesi persekolahan, Mya berasa lega dan ingin segera pulang ke rumah. Dia sungguh letih dan hanya teringatkan bilik dan katil. Malah, semasa memandu pulang, dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pemanduannya. Matanya hampir terlelap. Dia terpaksa menggagahkan juga mata agar selamat sampai ke rumah.
           Apabila tiba di rumah, Mya melangkah masuk dan terus naik ke bilik tanpa menghiraukan mama yang berada di ruang tamu.
          "Mya selepas mandi ini kamu turun. Mama ada benda nak cakap." Maklum mamanya.
           Dia tidak menghiraukan langsung laungan mamanya.
          "Kalaula esok sekolah masih bercuti, aku nak tidur sepuasnya! Aku tak nak diganggu sesiapa dan bila aku terjaga, hanya Prince Charming berada di depan mata." ujar Mya sambil memasang pemanas di katil. Kemudian, dia merebahkan tubuhnya di atas katil dan melelapkan mata. 
          Hidupnya masih dibayangi cerita dongeng biarpun umur sudah menjangkau 17 tahun. Mya mengakui hakikat bahawa Prince Charming mungkin tidak akan muncul selamanya dan dia terpaksa berkahwin dengan Raja Kegelapan...Raja kegelapan yang menyakitkan hati dan suka membuli? Atau mungkin Prince Charming sudah dalam perjalanan untuk melamarnya? Hmmm… Tidak! Dia fikir mungkin adalah lebih baik untuknya hentikan angan-angan ini dan mula berfikir secara realistik. Detis hatinya.
             Mya Andrea memandang dirinya di cermin. Rambutnya yang perang, dan pendek paras bahu baru saja dibasuh dan titis air membasahi baju yang dipakainya. Dia baru sahaja mandi petang selepas bangun dari tidur. Sebagai seorang gadis yang berusia 17 tahun, dia merasa hidupnya sangat bahagia kerana dikelilingi keluarga dan teman-teman yang sangat memahami dirinya.
          Dia terjaga setelah bermimpi mengahwini seorang lelaki kacak yang amat mirip Yani Gellman, tetapi kapal persiaran ala-alaTitanic yang menjadi tempat mereka berdua berada di tengah-tengah laut,kapal itu dengan tidak semena-mena tenggelam dan semua penumpangnya mati. Cuba bayangkan! Ini sudah tentu perihal otaknya yang terlalu kuat berangan mengenai Prince Charming.            
           Sebentar tadi, selesai mandi, mama ke biliknya. Mama memaklumkan perihal kawan papanya yang akan datang berziarah malam nanti. Puas juga dia memujuk mama untuk tidak mahu menyertai mereka. Namun, mama tetap dengan keputusannya.
            "Mama tolongla. Mya dah janji dengan kawan-kawan Mya. Kami nak pergi tengok wayang filem terbaru Harry Potter malam ni."
            "Tak boleh. Mama tak izin kamu keluar hari ini. Pak Cik Steve kamu tu dah lama tak berkunjung ke rumah jadi kamu tak boleh ke mana-mana."
            "Pak cik Steve bukan nak bercakap apa-apa pun dengan Mya. Papa yang akan melayan dia kan? Please Ma. Ini siri terbaru Harry Potter yang ke 3, Mya tak mahu ketinggalan, Mya tetap nak pergi."
            "Jangan berdegil. Mama tak nak tetamu terasa hati jika kamu keluar ketika mereka nak datang ke rumah."
            "Kenapa papa tak ajak mereka datang hujung minggu saja? Kenapa hari ini?"
            "Biarlah mereka nak datang bila-bila pun. Nanti malam kamu pakai baju ni." Ujar mama setelah mengeluarkan sehelai baju dress hitam dari dalam almari."Mama rasa mungkin anak lelaki mereka yang sebaya kamu tu pun ada bersama malam ini."
           "Ala, bukan handsome sangat pun." jawab Mya malas padahal dia tak pernah pun bertemu dengan lelaki itu. Dia tak henti-henti merungut setelah mama melangkah keluar. Mya memang begini jika permintaannya tidak dilayan.
           "Kenapa Pak cik Steve nak datang hari ini? Aku dah janji dengan semua. Mama pun satu, bukan nak bagitau dari semalam. Kalau tak mesti aku enjoy tengok filem Harry Potter malam ini." 
            Sekarang dia perlu menghantar mesej kepada semua bagi membatalkan temu janji mereka.Pantas jari jemari menaip di skrin telefon sesentuh itu."Sorry, aku tak dapat join malam nanti. Ada tetamu nak datang, mama tak izin aku keluar." Mesej dihantar. Selepas beberapa ketika, terdengar bunyi mesej baru masuk.
           Mesej daripada Sophia!
           "Kau tak pujuk mama kau ke? Ini kan filem Harry Potter terbaru! Aku tengok dalam website Harry Potter tadi, katanya Daniel Radcliffe dan yang lain-lain akan berada di pawagam tempat kita malam nanti."
            "Huhuhu...betul ke? Tapi aku dah puas pujuk. Mama tetap tak benarkan. Kau ambilkan autograph kat aku dan kirimkan ciuman aku untuk dia. Muahhh..."
            "Hahaha. Ok. Nanti aku kirim kalau dapat."
            "Ok."
             Mya menyisir rambutnya ala kadar dan menyapukan sedikit bedak bayi bewarna putih di wajahnya. Mya memasang DVD untuk menghilangkan kebosanan. Mya bergerak ke katil untuk mengambil tempat. 
              Semasa asyik melayan filem tersebut, ada adegan pujuk memujuk di mana hero sedang memujuk kekasihnya yang menarik muka kerana terlambat datang. Kesian si gadis menanti. Mya ketawa melihat adegan yang lucu itu. Mya mula berangan lagi. Dia terbayangkan Giovani yang sedang memujuk dirinya. Hahaha. Dia ketawa kelucuan. Kemudian dia tersentak.
             "Jangan-jangan aku pun dah angau dengan Giov seperti yang lain? Dia mengangkat tangan menutup mulut. "Tetapi Giov tidaklah seperti Prince Charming yang aku tunggu. Sudahlah pendiam, dingin pula terhadap perempuan. Hmm...Masih tidak setanding Zack walaupun Giov jauh lebih kacak!"
               Mya pernah menaruh hati pada Zack sejak awal dia melangkah masuk ke Victoria High School. Di pendamnya perasaan itu sehinggalah tahun lepas. Zack yang merangkap seniornya tidak pula mengetahuinya. Di tambah pula pada masa itu Zack sudah menjalin hubungan dengan pelajar dari sekolah yang lain. Zack sememangnya ramai peminat rahsia di sekolah tambah pula dia menjadi kapten pasukan rugbi. 
             Mya pernah meluahkan perasaannya di dalam kad hari jadi untuk Zack. Hanya Mya yang berani meletakkan nama sebenarnya di dalam kad tersebut berbanding peminat rahsia yang lain. Selepas hubungan Zack dengan kekasihnya putus, Zack dan Mya menjadi rapat.
                Mereka seperti pasangan kekasih biarpun hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat. Zack lebih suka berkawan dengan Mya. Mya memang bahagia ketika itu biarpun hanya sekadar kawan rapat kepada Zack. Mereka akan menuju ke Mcdonald untuk membeli aiskrim sundae selepas pulang dari sekolah. Dia perisa coklat manakala Zack perisa vanilla. Ketika hujung minggu pula, mereka akan menghabiskan masa di taman battersea bersama-sama Geng Velvet yang lain. Zack juga seorang yang cukup romantis, dia sering memainkan gitar sambil menyanyikan lagu persahabatan mereka iaitu Smile daripada Uncle Cracker.
               Namun, hubungan mereka renggang selepas Zack menyambung pelajaran ke luar negara. Pada pertemuan terakhir, Zack turut mengingatkan Mya supaya tidak mengharapkannya menjadi Prince Charming kerana dia takut Mya akan terluka jika dia jatuh cinta dengan orang lain nanti di sana. 
              Mya patah hati kerana dia sangat mengharapkan hubungan mereka akan berubah menjadi lebih serius. Pelbagai kenangan sering menari-menari di dalam mindanya. Kadang kala ketawa mengingatkan moment indah, namun selalunya dia menangis kerana kesakitan mengharapkan cinta seorang Prince Charming yang akhirnya sudah terkubur. Teman-temannya yang sering menghiburkan hati dikala kesepian. Semasa cuti sekolah selama 2 bulan, Mya sekeluarga pergi melancong ke Ireland. Kini, Mya sudah dapat menerima hakikat hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.
              Mya masih tidak melupakan impiannya, dia ingin berkahwin dengan Prince Charming. Sekarang dia harus sabar menantikan kehadiran Prince Charming yang betul-betul tercipta untuk dirinya.

           
            

Labels:



Old things | New things