My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 1
Tuesday, February 14, 2012 | 9:24 AM | 4 comments

Bab 1

               “Hi girls!” Mya Andrea menyapa ceria sambil menyerbu rakan-rakannya yang sedang bergerak menuju ke taman sebelum sesi persekolahan bermula.Wajahnya yang comel montel itu berpeluh-peluh akibat tindakan refleknya setelah berlari mendapatkan mereka. Dia sangat merindui mereka setelah sekian lama bercuti.

             “Hmm… Apa mimpi kau pagi ni tersengih-sengih macam ni?” Tanya Phia ataupun Sophia Heris yang terkenal dengan perangainya yang suka menyakat. Sophia gadis yang suka berlagak seperti ketua di antara mereka kerana sifatnya yang dominan. Perangainya memang kadang-kala menyakitkan hati. Namun, dia seorang yang mengambil berat dan bijak menyelesaikan masalah.

              “Ala macam kau tak kenal si Mya ni. Kau dah jumpa Prince Charming ke?” Ujar Fiona Ferez sambil mengangkat kening. Fiona gadis yang paling lawa di antara mereka memang seorang yang di gilai ramai. Di tambah pula, sifatnya yang lemah lembut dan manja memang menawan hati.

               “Hahaha…Prince Charming aku tu akan tiba bila sudah tiba masanya.” Mya Andrea tersenyum berangan.

              “Banyak la kau punya Prince Charming. Kau tidak secantik Lady D yang gorgeous jadi hentikan angan-angan kau.” Naliz Zanith pula mengambil tempat. Entah bila si Naliz ni muncul pun semua tak sedar. Naliz ini seorang yang agak kasar namun dia seorang yang suka bergurau di antara semua.

               “Aku memang tidak secantik dan sesempurna Lady D. Namun, aku baik hati dan setia.” Mya memuji dirinya.

              Meletus gelak tawa semua. Mya memang seorang yang kuat perasan.

        Awal persekolahan bermula. Victoria High School ialah sekolah yang cukup terkenal di kawasan elit. Kawasan letak keretanya luas, kerana kebanyakkan pelajar mendapat kebenaran untuk membawa kereta oleh ibu bapa mereka, padahal kawasan tempat tinggal mereka berdekatan saja. Susahlah, masalahnya ini sudah jadi satu budaya dikalangan orang kaya. Bahkan, ada pelajar yang rumahnya di seberang sekolah, pergi sekolah berkereta. Sepatutnya dia hanya perlu melintas, cuma mengambil masa seminit. Cuba kalau memandu. Dari masuk ke kereta, buka pagar rumah, jalan setengah minit, parking kereta di halaman sekolah, hingga turun dari kereta, semua perlukan sepuluh minit. Katanya demi gaya.

              Padang sekolah juga besar. Ada yang indoor, ada yang outdoor. Mungkin itu juga yang membuatkan ramai ibu bapa yang berkedudukan tinggi menyekolahkan anak-anak mereka di situ. Kelas satu ada empat kelas, kelas dua ada lima kelas, dan kelas tiga ada empat kelas. Jumlah pelajarnya ialah tiga ratus enam puluh orang. Mereka tidak selalu bertembung antara satu sama lain kerana mereka tidak mempunyai kelas yang tetap. Mereka boleh memilih untuk mengikuti kelas bersama cikgu pilihan asalkan jadual yang mereka atur tidak bertembung dengan kelas yang lain. Selalunya, pelajar-pelajar ini akan bertemu di ruangan loker untuk bersembang apabila lapang.

           Victoria High school mempunyai kemudahan yang lengkap. Ruang perpustakaannya canggih dilengkapi dua belas buah komputer serta diliputi wi-fi sepanjang masa, ada kolam renang, ada bilik studio, ada gymnasium, ada bilik tarian, ada dewan yang besar, ada bilik mandi dengan kemudahan shower utuk kesegaran badan, kalau ada yang ingin mandi setelah bersukan, meskipun jarang dipakai kerana ramai yang mempunyai kelas seterusnya dengan jarak waktu yang singkat. Namun, shower ini berguna apabila ada aktiviti seperti perkhemahan dan sebagainya. Juga ada loker.

            Tahun ini merupakan tahun akhir mereka berada di sini. Masuk sekolah pada musim sejuk memang membosankan kerana ramai pelajar suka duduk di rumah. Ramai pelajar baru yang mendaftar masuk. Hari ini seorang pelajar baru muncul di kelas mereka. Mukanya persis seorang aktor kacak Filipina iaitu Richard Gutierrez. Seperti biasa, gossip yang paling panas di kalangan gadis di sekolah pada hari ini ialah tentang budak baru itu. Ramai yang sudah cair dengan kekacakkan Giovani Evans. Mya turut terkesima dengan wajah kacak itu.

          Hari ini Miss Ivy melantik Mya sebagai setiausaha kelas tiga. Pada mulanya dia agak keberatan namun setelah didesak dan diundi oleh suara majoriti maka dia bersetuju. Kelas tiga iaitu untuk pelajar senior yang berusia 17 tahun. Bilangan mereka hampir seratus orang. Sebenarnya Mya hanya bersetuju apabila melihat Giovani Evans  turut mengangkat tangan tanda bersetuju untuk dia dilantik sebagai setiausaha kelas tiga tahun ini.

              Mya sudah berani berangan dengan idea gilanya untuk mengenali Giovani Evans dengan lebih rapat. Dia mengorak langkah pertama. Mya mengarahkan rakan-rakan sekelasnya untuk mengisi butir peribadi mereka. Dengan cara ini, dia yakin dia dapat mengenali siapa si pemilik nama Giovani Evans.Gila? Hahaha…Mungkin! Agak-agakkan, mesti ramai yang makan hati dengan ideanya jika mereka mengetahui agenda sebenar Mya? Mya tahu dia mesti merahsiakan perkara ini- khususnya ketiga-tiga teman rapat baiknya itu dalam geng Velvet. Mereka ini pasti akan mentertawakan tindakan yang dianggap kurang matang itu jika mereka mengetahui hakikat sebenar bahawa dia menyukai Giov.Oh no!

            Mya mengedarkan sehelai kertas kepada semua pelajar kelas tiga yang sedang berkumpul di dewan. Hari ini mereka perlu memilih kelas dan mengatur jadual untuk sepanjang tahun. Mereka perlu mendaftar kelas dengan cikgu yang dipilih. Mya terpandang Giov yang sedang memilih kelas untuk jadualnya.

           “Hi. Ini awak kena lengkapkan dan bagi kepada saya secepat mungkin.” Mya memberi sekeping kertas yang tercatat sesuatu sambil menunjukkan bahagian yang perlu diisi oleh Giovani Evans.

             “Ok. Thanks.” Giov menjawab selamba. Dingin sikapnya melayan perempuan.

             Mya berlalu sambil cuba menyembunyikan kegirangan hatinya. Dia berharap ini bukanlah kali terakhir dia dapat mendengar suara Giovani Evans . Kata orang jangan terlalu terburu-buru untuk berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali. Biarlah takdir yang menentukan.

Labels:



Old things | New things