My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 4
Saturday, February 18, 2012 | 11:50 PM | 2 comments
Bab 4

           Pagi itu Giov terjaga daripada tidur setelah bermimpi buruk mengenai mamanya. Dia menghela nafas sedalamnya dan bertenang. Dia memandang jam di tepi katil, pukul 5.00 pagi. Masih terlalu awal untuk ke bilik air. Dia duduk sambil memikirkan masalah yang selama ini dihadapinya. Dia berasa rindu pada zaman kanak-kanaknya dulu. Mengapa ini harus terjadi kepadaku? Getus hatinya.

          George di lihatnya sedang membaca buku di atas meja belajar. George memang seorang yang suka membaca.

“George, kau rasa, kenapa dia tak nak aku? Adakah aku ini jahat sehingga dia pergi meninggalkan kita?” luah Giovani sambil cuba bertenang mengawal perasaan.

          “Hmmm… Bukan. Itu bukan salah kau, cukuplah kau hidup selama ini dengan menyalahkan diri sendiri.” Ujar George menenangkannya.

          “George, kenapa selama ini orang benci aku? Adakah aku bersalah terhadap mereka?” Tanya Giov meminta kepastian.

“Sebenarnya, bukan orang benci kau, tapi kau tu yang sering hidup dalam dunia sendiri. Orang takut untuk mengganggu kau. Cuba kau beranikan diri untuk menegur rakan kau, aku pasti mereka sangat sudi untuk menerima kau sebagai rakan.” jelas George.

          “Tapi aku takut yang mereka akan menolak aku. Kau saja yang memahami aku.” ujar Giovani membalas.

          Giovani meluahkan perasaan kepada George setiap kali dia mempunyai masalah. Giovani ini memang seorang yang sangat pendiam. Di rumah, Giovani hanya akan bercakap dengan George. Itupun jika dia benar-benar mempunyai masalah. Papanya juga jarang bercakap dengan Giovani. Giovani hidup dalam kesunyian. Biarpun sewaktu kecil dia boleh dilabelkan sebagai budak lincah, petah berkata-kata dan agak nakal namun dia berubah sekelip mata dan menyalahkan dirinya apabila mama melarikan diri daripada kehidupan mereka.

Mama pergi bersama dengan kekasih barunya yang jauh lebih kaya di saat papanya susah. Ketika itu, syarikat papa hampir muflis. Mama yang lahir daripada keluarga yang berada tidak tahan hidup dalam situasi sedemikian. Mama meminta cerai daripada papa. Papa betul-betul kecewa dan patah semangat untuk meneruskan kehidupan. Mujur ramai kawan-kawan papa yang sudi membantu. Malah, mereka turut melangsaikan hutang syarikat papa. Berkat kesungguhan dan kerajinan, papanya berjaya membangunkan kembali syarikat milik keluarga itu. Malah, empayar mereka menjadi semakin gah dan hebat.

         Namun, akibat kesibukkan papanya menguruskan perihal syarikat, Giovani hidup dalam keadaan sunyi dan kesepian. Dia pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan perasaan. Mujur ada George yang menjadi teman di saat suka dan duka. Kembarnya yang selalu berada di samping Giovani untuk menemani dan menceriakan hatinya.

Semenjak itu, papanya berkahwin lain supaya Giovani mempunyai seorang ibu lagi untuk melayan kerenahnya seperti dulu. Namun, Giovani tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Baginya, mama tiada pengganti. Biarpun mama yang baru ini baik hati dan selalu membantunya menyediakan keperluan dirinya, tetapi dia tetap menganggap yang mama barunya itu sebagai orang asing biarpun sudah hampir sepuluh tahun.
         
          Giov yang baru habis kelas Matematik bergerak ke kantin. Dia lapar. Mujur tadi dia membawa bekal. Kini dia makan sendirian di meja paling hujung. Dia teringin untuk makan bersama-sama rakan yang lain terutama mereka yang menegurnya semalam iaitu Benjamin, John dan Kelvin ketika berada di dalam kelas IT bersama. Namun, dia segan untuk menyatakan hasratnya. Tiba-tiba tanpa disangka Benjamin dan rakan-rakannya itu melambai ke arahnya. 

          “Hi Giov, kau bawa makanan apa ni? Nampak sedap!” Benjamin membuka bicara sambil berjalan menuju ke meja tempat Giovani duduk. Benjamin dan rakan-rakannya membawa sepinggan pasta dan sebotol air jus oren yang dibeli dari kantin.

          “Err, pizza. Mama aku yang buat. Nah, ambillah, aku bawa lebih.” Tutur Giovani sambil menghulurkan tupperware hijau yang berisi pizza itu. Eh, adakah aku menyebut perkataan mama tadi terhadap isteri papa itu? Hmm…Biarlah, lagipun dia kan baik terhadap aku dan tidak pernah berkasar dengan aku selama ini. Layanannya pun baik. Mereka pun bukan mengetahui kisah silamku.

          ‘Eh, takpe ke? Nanti kau lapar pula kalau kami ambil. Takut pula mama kau marahkan kami nanti kerana mengambil makanan anaknya.” Kata Kelvin yang sudah kecur liur sambil memandang pizza yang merupakan makanan kegemarannya itu. Biarpun dia seorang yang kuat makan, namun badannya tetap kurus. Mungkin kerana dia gemar melakukan aktiviti lasak seperti kebanyakkan lelaki yang lain.

          “Ambillah, aku pun bukan habis makan semua ni. Kan ada lima keping. Lagipun, sekeping pun dah cukup untuk mengalas perut.” Jelas Giovani tersenyum. Dia gembira kerana sekarang dia sudah mempunyai teman untuk berbicara di sekolah barunya itu. Sepanjang dia bersekolah di sekolah lamanya, dia hanya mempunyai seorang teman. Itupun kerana teman lamanya itu duduk di sebelahnya.

          ‘Hei, sajalah aku nak tahu, kenapa kau pindah ke sini?” Tanya John yang sedang mengunyah pizza yang diberi oleh Giov. Hmm… Sedap! Sudah habis sekeping, dia mula menjamah pasta yang dibelinya pula.

          “Sebab Papa aku ingin kembali semula ke tempat lamanya dibesarkan. Aku sejak dahulu memang jarang pulang ke sini sebab papa agak sibuk menguruskan syarikatnya itu. Lagipun, disini papa ramai kenalan.” Luah Giovani.

          “Oh, jadi kau tidak menolak? Apa pula kata teman wanita kau di sana? Dia tak merajuk ke?” Benjamin pula mencelah.

          “Hmmm…Tidak dan aku memang tiada teman wanita ok!” Dia pantas menggelengkan kepala. Teman wanita? Sejak kecil dia sangat bencikan orang yang bergelar wanita. Dia takut mereka akan mempermainkan hatinya dan meninggalkannya dalam keadaan kecewa seperti mama. Dia takut menyingkap semula sejarah silam yang telah ditutup kemas di dalam kalbu! Namun, jika dia terpaksa berkahwin juga dengan insan yang bergelar wanita, dia telah menetapkan beberapa ciri untuk dijadikan suri hatinya.

          “Mustahil! Lelaki yang handsome macam kau ni takkan tak pernah ada girlfriend?” Kelvin mula bersuara setelah sepinggan pastanya habis. Dia merasa ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan Giovani tadi. Mana mungkin lelaki yang digelar Prince Charming oleh perempuan di sekolahnya itu tidak pernah bercinta dengan seorang perempuan.

          “Yes! Tolong jangan tanya aku kenapa sebab aku tidak suka.” Giov bertegas dan memberi amaran supaya perkara tentang itu tidak lagi diungkitkan mereka.

          Semua terdiam. Mereka tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan teman baru mereka yang seorang ni. Mereka menghabiskan makanan yang masih bersisa. Kelas Ben akan  bermula dalam masa setengah jam lagi manakala John dan Kelvin tinggal lagi lima belas minit. 


       Dalam perjalanan, mereka di sapa oleh Mya yang berada di hadapan di samping geng Velvet.

          “Hai!" Tegur Mya.


          "Hai!" Jawab mereka bertiga kecuali Giov.


         Mya kecik hati tapi dia tetap control. "Emm Giov, kertas yang aku bagi tu dah isi? Cuma tinggal kau saja yang belum bagi.” 

          “Sorry, aku lupa. Aku belum isi nanti aku bagi pada kau.” Giov menjawab acuh tak acuh.

          “Apa hal dengan kaki kau? Macam mana boleh jadi macam ni? Tanya Benjamin.

          “Semalam aku terjatuh tangga dekat rumah.” Mya membalas dengan senyuman.

       “Hahaha. Ni mesti sebab waktu tu kau tengah berangan-rangankan?” Kelvin mebuatkan tawa semua meletus.

          “Eh, mana ada!” Mya cepat-cepat menyangkal perkara tersebut biarpun itu adalah hakikat. Dia tidak mahu menjadi bahan ketawa rakan-rakannya itu.

          “Hmm..hujung minggu ni jom kita keluar bersama-sama? Aku nak tunjuk kepada Giovani tempat kita. Lagipun, hujung minggu ni kan free. Nanti aku ambil kau orang semua. Bagaimana Giov, kau ada bantahan tak?” Ujar Benjamin pula.

          Giov hanya tersenyum. “Ok.” Jawab Giov sepatah.

          “Kau ambil kami kat tempat biasa.” Ujar Geng Velvet. Mya memahami maksud mereka. Rumah dia! Hmmm…Harap perkara seperti semalam tak berulang.

          Mereka semua bergerak menuju ke kelas masing-masing. Mya dan geng Velvet ada kelas muzik kerana mereka telah menetapkan jadual yang sama sejak di awal persekolahan haritu. Mereka memang suka jika aktiviti mereka dapat dilakukan bersama-sama. Manakala John dan Kelvin pula ada kelas seni. Ben yang ada kelas kimia sebentar lagi menemani Giovani menuju ke perpustakaan kerana dia lapang waktu itu. Masing-masing sedang memikirkan tentang rancangan mereka.

Labels:



Old things | New things