My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Prolog
Monday, February 13, 2012 | 7:55 AM | 2 comments
Prolog
       
         Jika boleh semua orang ingin bercinta seperti hero dan heroin dalam cerita novel. Seindah dunia fantasi yang dicipta seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Prince Charming dan sebagainya. Cerita yang menjadi hiburan si kecil sejak dahulu sehingga sekarang. Kita sebenarnya telah dibayangi dengan watak heronya yang kacak, kaya, bergaya, romantik dan sempurna walaupun ramai yang menyedari hakikat sebenar bahawa lelaki seperti ini jarang ditemui. Malah tak kalah juga heroinnya yang cantik, manja, penyayang, menghiburkan dan pandai mengambil hati. Namun, adakah di dunia realiti ini kita dapat merasai keindahan kisah cinta seperti ini?

           Aku bertuah kerana hidupku ibarat puteri raja. Aku dibesarkan dengan persekitaran seperti di dalam kisah dongeng. Hidupku dibayangi dengan dunia fantasi sejak kecil. Aku gemar memakai dress puteri. Kamarku di hias indah bertemakan warna putih dan pink. Biarpun papa dan mama bukanlah raja dan permaisuri negara namun mereka membesarkan aku untuk menjadi puteri kepada Prince Charming.

Namun, aku juga seperti gadis biasa yang lain. Aku menantikan kehadiran seorang Prince Charming. Aku mengimpikan hubungan cinta seperti kisah dongeng yang menjadi idamanku sejak kecil iaitu Cinderella. Biarpun aku tidak mempunyai ibu tiri dan kakak-kakak tiri untuk mendera dan menjadikan aku sebagai orang gaji mereka. Namun, tidak dapatku  bayangkan bagaimana harusku lalui jika kisah hidupku benar-benar sepertinya. Biarpun jiwa si puteri terseksa namun menemui bahagia apabila di lamar oleh seorang Prince Charming hanya kerana sebelah kasut yang tertinggal di pesta tari menari yang megah. Wah, manisnya! Adakah aku mampu menarik perhatian seorang Prince Charming dan membuatkan dia jatuh cinta lalu melamar diriku seperti Cinderella?

"Kepada Prince Charming, aku sudah meningkat dewasa dan aku  tidak sabar lagi menantikan kehadiran engkau melamar dan membawaku pergi untuk menjadi permaisuri hatimu." Getus hati kecilnya. 

************************************************************************************************************************************

Labels:



Old things | New things