My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 3
Friday, February 17, 2012 | 12:22 AM | 2 comments
Bab 3
     
     
          “Mya! Cepat turun! Pak Cik Steve dan isterinya dah lama sampai ni.” Jerit mamanya dari bawah. Mya pantas mengerling jam di dinding. Sekarang dah pukul 8.15 malam. Ish, dah berapa lama aku mengelamun sampai tak sedar yang hari sudah pun malam? Dah tiba pula waktu untuk berkenalan dengan kawan papa yang seorang ni.
Dia memakai dress hitam paras lutut yang disuruh oleh mamanya. Dia mengenakan sedikit lipgloss agar bibirnya tidak pucat. Dia memandang cermin buat kali terakhir. Comel juga ye aku ni? Hehehe…Hmmm…apa lagi yang kurang di wajahnya? Tiada apa-apa. Ok, Sempurna!
Fikirannya sudah jauh melayang. Pak Cik Steve tu betul ke ada anak lelaki sebaya aku? Aduh, Sempat lagi kau Mya! Tetapikan, manalah tahu pertemuan papa dengan Pak Cik Steve ni adalah untuk menjodohkan aku dengan anak lelaki mereka? Kalau tak, mana mungkin mama beria-ia sangat tidak bagi dia keluar malam ni! Hehehe...Prince Charmingku sudah tiba nampaknya! Hmmm...Kalau orang lain mungkin sangat bencikan perjodohan yang diaturkan, tetapi bukan aku. Akibat terpengaruh dengan novel cinta, bagiku perjodohan yang diaturkan adalah yang membahagiakan kerana pasangan yang pada mulanya tidak mengenali akan jatuh cinta dan hidup kekal bahagia di akhirnya.         
         Mya terburu-buru turun ke ruang makan untuk makan malam bersama semua. Otaknya penuh memikirkan bermacam perkara yang menjengkelkan. Seandainya saja…Bruk! Di dua anak tangga terakhir dia jatuh sebelum kakinya menjejak tanah.        
      “Auwww!!!” teriaknya. Alamak insiden yang memalukan di depan tetamu! Satu petanda yang kurang baik ni. Dalam hati, Mya sempat mengutuk dirinya yang cuai. Mana aku nak sorok muka ni? Mya pantas melihat ke kiri dan ke kanan manalah tahu Prince Charming yang sedang menanti dirinya seperti menunggu Cinderella turut melihatnya dalam keadaan begini. Tapi kalau ada, pasti Prince Charming itu akan membantu merawat kakinya yang sakit dan mengendongnya ke taman bunga yang disekitarnya dipenuhi bunga mawar merah dan putih. Wah, manisnya!   
          Mama yang sedang berbual dengan isteri Pak Cik Steve terburu-buru menghampiri Mya. Mama mengeluh melihat anak gadisnya yang selalu gopoh.“Kamu ni hati-hatilah sikit. Mula berangan apa lah tu.” Berleternya.
          Aduh, mama… Bukannya nak kasihan kan aku, lagi nak berleter panjang. Mya mengusap-ngusap pergelangan kakinya yang bertukar biru kerana jatuh tangga. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Pergelangan kakinya terasa amat sakit. Sudahlah Prince Charming juga tidak ada.
         “Aduh, sakitnya Ma!” Mya mengaduh biarpun tetamu ada di situ kerana itu tidak lagi menjadi isu penting. Sebenarnya dia geram juga kerana Prince Charming tiada.      
        “Agaknya…terseliuh ni.” kata isteri Pak Cik Steve yang turut merapati Mya. 
        Mya hanya tertunduk mendengar simpati mak cik itu. 
        “Saya Mak Cik Eva.” Isteri Pak Cik Steve tersenyum memperkenalkan diri.
        “Itulah, turun tangga tak nak hati-hati!” kata mamanya. Dia memapah Mya duduk di sofa ruang tamu bersama tetamu. Mujur ruang tamu berdekatan kalau tak lenguh pinggang mamanya memapah si puteri yang agak berisi itu. Bila di suruh diet, macam-macam alasan di beri. Dia bukan salah seorang yang terlalu obses dengan simptom BBM atau Berat Badan Meningkat seperti remaja perempuan yang lain.   
          Perbualan papa bersama pak cik Steve terhenti akibat insiden itu. Papa menggeleng-geleng kepala.
        “Mari kita semua makan dulu nanti sejuk pula tak sedap. Lepas makan ni papa bawa Mya ke klinik. Ok kan Mya?” Kata papa.
         Mya menggangguk faham. Tetamu ada kena la aku bertimbang rasa. Huhuhu. Keluh Mya di dalam hati.
        “Eh, kesian pula aku tengok Mya tu. Apa kata kita bawa Mya ke klinik sekarang? Lagipun dekat sajakan klinik dengan kawasan ni?” Tegur Pak Cik Steve.
        “Don't worry Pak Cik, lagipun Mya dah ok sikit. Mya lapar ni, mama jom ke meja makan.” Mya menjawab.
          Meraka semua ketawa melihat Mya yang tidak menghiraukan kesakitannya lagi apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja bulat besar. Siapa yang tak lapar melihat makanan kegemaran disajikan di atas meja? Ikan goreng nila, ditambah pula dengan ketam masak merah, udang galah yang besar, sotong goreng tepung dan ikan masak steamboat. Mya kecur liur memandang masakan yang dibeli oleh papanya dari restoran terkemuka di kawasan elit malam itu.
        “Tengoklah, nampak saja makanan, sakit pun dah lupa!” Omel mamanya.
        “Silakan Steve dan Eva. Mari kita makan.” ujar papanya.
           Mereka makan sambil menyambung perbualan. Mak cik Eva turut berbual dengan Mya perihal sekolahnya.
            "Kamu sekolah di Victoria High School ya?"
            Mya menggangguk kerana mulutnya penuh makanan. 
            "Pergi sekolahdengan siapa?"
            "Saya drive sendiri mak cik"
            "Oh, drive sendiri! Bagaimana pula dengan pelajaran?"
          "Baik-baik saja." jawabnya biarpun di dalam hati Mya merungut kerana Mak Cik Eva terus-terusan bertanya soal dirinya ketika dia menikmati makanan.
            "Kamu kelas apa?"
            "Kelas tiga."
            "Kamu ni sudah ada boyfriend?"
            Mya yang sedang minum tersedak! Dia mengurut dadanya. Kenapala mak cik ni tanya soalan ni sekarang? "Tak de."
            "Bagus." Mak Cik Eva tersenyum sambil memandang mama yang turut tersenyum.
            Mya hairan? Apa maksud senyuman itu? Detis hatinya.
         Selepas tetamu pulang, papa dan mama menghantar Mya ke klinik untuk mengubati kakinya. Mya yang sudah kekenyangan hampir tertidur dalam perjalanan mereka ke klinik.

Labels:



Old things | New things