My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 9
Friday, March 9, 2012 | 3:17 AM | 1 comments
Bab 9.
               Mya Andrea menjemput Geng Velvet masuk ke dalam rumah.
              "Ha, kenapa datang lambat sangat ni? Masuk...masuk...jom kita ke dapur mama dah tunggu." Kata Mya menjemput masuk.
              "Kami tunggu kau buka pintu yang lambat." Ujar Fiona menyeloroh sambil meluru masuk ke dalam dengan Sophia.
              "Papa kau ada tak ni? Seganla aku." Tanya Naliz yang masih tercegat dekat luar kerana segan dengan papa Mya.
             "Tak de, kat pejabat malam baru balik. Jom!" Mya menarik tangan Naliz ke dalam. Naliz memang begini.
            Mereka ke sana untuk membuat kek dengan mama Mya. Mereka begitu teruja dengan kesudian mama Mya meluangkan masa membantu mereka membuat kek coklat.  Friendship Day bermula esok. Mereka akan menyediakan  lima biji kek coklat. Sebenarnya mama Mya memberi cadangan untuk membeli sahaja kek coklat dari Jerry Bakery namun mereka menolak kerana mereka ingin menyediakan sesuatu yang istimewa khas untuk teman-teman yang lain.
                Friendship Day ialah acara sambutan wajib di Victoria High School khas buat pelajar tahun akhir.  Acara ini selalunya diadakan sempena musim bunga kerana suasana sekitarnya indah. Mereka percaya persahabatan juga adalah sesuatu yang indah. Pihak sekolah mengambil kesempatan melaksanakan aktiviti untuk pelajar tahun akhir apabila tiba musim bunga.
                Tahun ini Friendship Day akan diadakan di Neo Park. Kawasan di situ memang di penuhi dengan pokok-pokok besar yang mengeluarkan bunga yang cantik malah ada sebuah tasik buatan yang besar di situ. Mereka juga akan berkhemah di sana untuk dua hari dan pelbagai acara akan berlangsung.
                Meja di dapur dipenuhi bahan- bahan ramuan membuat kek yang telah dibeli oleh mama di kedai semalam. Peralatan untuk membuat kek juga sudah di sediakan.
                “Bahan asas untuk membuat kek ialah tepung gandum.” Ujar mama Mya memberi penerangan.
                Mereka mengangguk  tanda faham dengan perasaan teruja. Semua mengambil tepung seorang satu dan diletakkan di tepi.
“Masa untuk buat kek!” Jerit Mya teruja. Mya memang penggemar kek tambah-tambah kek coklat. Boleh habis sebiji kek coklat dengan si Mya.
Mama menggeleng-geleng kepala. “Mula-mula ayak tepung dulu kerana kadang-kadang ada benda asing contohnya bubuk. Pegang macam ni”. Terang Mama sambil menunjukkan cara mengayak tepung.
“Naliz cuba buat perlahan-lahan sikit kan dah tumpah tu.” Nasihat mama yang melihat Naliz mengayak dengan terlalu kasar sehingga tertumpah tepung. Dia turut memerhati gelagat anak-anak gadis lain mengayak tepung dengan bermacam-macam kerenah.
“Ya, buat slow-slow sikit Naliz.” Ujar Phia pula mencelah.
             Naliz sudah geram dengan sikap Phia. Dia buat tak dengar. 
“Mya tolong bancuhkan serbuk koko lima belas cawan dengan lima cawan susu cair.” Mama menyuruh Mya membancuh serbuk koko untuk mereka. Kemudian dia meneruskan dengan yang lain.  “Sekarang sukat 2 cawan tepung tu dan letak di tepi. Jangan terlebih takut nanti kek tak jadi. Kemudian, ambil mangkuk ni dan pukul telur sebanyak 4 biji sehingga kembang. Guna  alat whisk. ” terang mama sambil menunjukkan yang mana alat whisk. Dia tahu mereka bukan kenal dengan benda-benda macam tu.
Mereka semua menurut arahan tanpa membantah. Masing-masing memukul telur dengan bersemangat.
“Sekarang sukat 250 gram butter. Ambil 3 hingga 4 cawan gula. Kemudian, masukkan ke dalam hand whisk untuk putar butter dengan gula sehingga kembang.” Mama menunjukkan cara.
“Berapa kelajuannya mak cik? Tanya Fiona pula. Kalau dibiarkan dia seorang, dia akan mengenakan kelajuan maksimum.
“Guna yang ketiga. Baik, masukkan telur tadi sedikit demi sedikit kedalamnya. Jangan masukkan sekaligus. Selesai semua, masukkan tepung yang tadi selang-seli dengan bancuhan sebuk koko tu.” Ujar mama menunjukkan serbuk koko yang siap dibancuh oleh Mya sebentar tadi. “Siap semua letak di tepi nanti mak cik akan kukus.”
“Mama, macam mana nak buat topping?” ujar Mya. Dia ingin membuat kek yang sedap.
“Ambil satu sudu marjerin dan cairkan. Kemudian masukkan 3 sudu susu pekat manis dan serbuk koko. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.” Ujar mama menerangkan  caranya. Kemudian dia berlalu untuk mengukuskan kek. Dibiarkan mereka membuat bahagian topping.
Selepas kek siap, mereka pun menghias kek masing-masing. Ada yang menggunakan buah strawberry,  ada yang menggunakan krim, keju dan icing. Semua kek nampak sempurna. Kemudian, mereka membantu mengemas dan membasuh peralatan yang digunakan.
“Tak sabar aku nak pergi esok! Nak tak kita pergi bersama naik kereta aku?” Ujar Fiona memberi cadangan. Dia yang baru lulus ujian memandu begitu teruja untuk memandu bersama mereka semua.
“Aku takut la nak pergi dengan kau yang baru lulus ujian memandu. Tak nak lah. Lebih baik biar aku saja yang pandu sebab aku dah ada pengalaman.” Ujar Naliz pula.
Mereka ketawa kelucuan. Mereka bergerak ke tingkat atas untuk ke bilik Mya pula.
              "Macam mana dengan rancangan untuk hari esok? Kita terlibat dalam acara pada malam hari. Aku rasa kita buat truth or dare dikelilingi unggun api?"
              "Lepas tu kita minta Ben bawa gitar supaya dia boleh mainkan lagu-lagu masa tu?" Ujar Fiona memberi idea.
             "Aku tak setuju. Sebab kita ada lebih kurang 100 orang jadi macam tak sesuai." Sophia menggeleng-geleng.
             "Kau ada cadangan lain?" Naliz bertanya dengan nada menyampah.
             "Aku rasa kita buat macam idea Mya, dikelilingi unggun api cuma kita sediakan sebuah bekas. Dalam tu kita letak kertas yang ada bermacam-macam soalan untuk kenakan orang. Kita mainkan lagu dalam MP3 guna microphone. Lepas tu kita passing-passing la bekas tu semula sampai lagu berhenti. Andaikan Fiona yang dapat, dia perlu ambil satu dan kita minta seseorang baca. Tak buang masa dan tak banyak soalan yang ditanya oleh semua nanti.  Kemudian, ulang semula untuk yang lain baru seronok!"terang Sophia panjang lebar.
           Mereka yang lain memandang Mya pula.
          "Ok. Aku setuju. jadi kita kena siapakan kertas-kertas tu sekarang sebelum terlewat pula." Jawab Mya sambil mengangguk-angguk.
            Mereka pun mengambil kertas-kertas yang bewarna dari dalam beg yang terletak di hujung katil. Mereka mula mengukur kertas dalam saiz 6x4 cm. Kemudian menggunting kertas-kertas yang siap di ukur. Naliz di menulis soalan-soalan yang dirasakan sesuai walaupun sebenarnya gila! Mya menyuruh Sophia menghias bekas agar kelihatan menarik. Mereka turut membantu Mya mengemas barang yang telah di beli untuk persiapan acara hari esok seperti belon, kad, kertas, dan sebagainya.Mereka menyiapkan semuanya sehingga ke menjelang malam.
            Apabila terdengar deruman enjin kereta papa Mya yang baru sampai ke rumah. Mereka pun segera mengemas barang-barang tersebut ke dalam sebuah beg. Mujur semuanya sempat siap. Kemudian, mereka meminta diri untuk pulang.
           "Jumpa esok pukul 7 pagi di rumah aku!" jawab Fiona.
           "Ok. Tetapi kereta kau Naliz yang pandu tau. Hahaha. Bye!" Ujar Mya ketawa sambil menghantar mereka ke muka pintu dan melambai-lambai tangan.
           "Hai, Sophia..Fiona..Naliz. Nak pak cik hantar balik?" Ujar papa yang baru keluar dari perut kereta.
           "Tak pe pak cik, tak perlu susah-susah, saya bawa kereta. Saya tumpangkan Fiona balik." Jawab Naliz mencelah. Dia segan untuk dihantar oleh papa Mya sebenarnya.
            "Ok. kalau begitu, hati-hati memandu." Jawab papa Mya.
            Apabila mereka sudah ke luar dari pagar rumah banglo di kawasan Dunmow, Sophia menyeberangi jalan sambil melambai-lambai tangan kepada mereka berdua.
            Fiona sudah memandang Naliz. "Mana kau letak kereta?" Tanya Fiona dengan nada geramNaliz.
             Naliz hanya tersenyum. "Aku tak nak tumpang papa Mya la, kau ni takkan tak tahu?"
             "Kau ni sengaja tau. Penat kaki aku nak berjalan." Fiona mengeluh marah.
             "Sorry. Jangan marah, muka kau dah tak lawa bila marah. Hehehe..." Naliz membalas.
             Mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Mujur rumah mereka tidak terlalu jauh. Namun, perjalanan sepanjang 1 km itu memang memenatkan di tambah pula pada cuaca yang dingin pada malam hari.

Labels:



Old things | New things