My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 7
Saturday, March 3, 2012 | 3:21 AM | 0 comments
Bab 7

Giovani hairan dengan kehadiran sepucuk surat yang berada di dalam lokernya. Dia baru sedar akan kehadiran surat tersebut ketika sedang mengemas buku di dalam ruangan loker sebelum pulang.  
        
Sementara menunggu Ella di dalam kereta, dia membuka dan membaca surat tersebut. Namun surat tersebut tidak pula mempunyai pengenalan diri si pengirim. Dia berasa pelik dengan kehadiran surat tersebut yang menceritakan kisah penantian seorang gadis yang sangat mengharapkan Prince Charming untuk melamarnya. Dia membaca ayat terakhir yang mendebarkan dadanya.


"Aku harap kau akan jadi Prince Charming kepada Mya Andrea kerana dia sudah lama menantikan kehadiran seorang Prince Charming di dalam hidupnya."


Dalam hati dia tertanya-tanya siapakah si pengirim surat tersebut? Mengapa si pengirim surat ini beria-ia menyuruhnya menjadi Prince Charming kepada Mya? Dan benarkah surat itu untuk dia? Prince Charming? Otaknya ligat berfikir manakala hati pula jadi tak keruan. Dia mula teringin untuk menyiasatnya.


Ella membuka pintu kereta dan masuk. Giovani menghidupkan enjin kereta dan meluncur pulang. Suasana sunyi sepi seperti biasa. Ella pula sedang membaca novel. Pada Giov, Ella memang seorang yang gemar membaca novel. Sejak Ella menumpangnya, sudah dua buah buku yang dibacanya. Pada mulanya, Giov memang ingin tahu tentang surat yang diterimanya dengan Ella, namun dia rasa tidak sesuai untuk berbicara hal ini. Risau! Takut terasa hati kerana perasaan perempuan tidak boleh di duga.


Ketika tiba di rumah, mama menghampirinya dengan satu sampul surat putih di tangan. Giovani hairan, surat lagi! Surat apa pulak ni? Gumamnya di dalam hati.


“Ini surat untuk kamu. Dari King Edward III.” Ujar mamanya tersenyum sambil menghulurkan surat tersebut kepada Giovani dan berlalu ke dapur menyiapkan makan malam.


“Terima kasih.” Jawabnya sepatah.


Giovani meletakkan surat tersebut di atas meja belajarnya lalu berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian, dia turun makan dan seterusnya melakukan kerja sekolah sehingga ke malam. Apabila selesai menyiapkan semuanya, Giovani terpandang sampul surat putih tadi. Surat itu dahulu merupakan satu-satunya surat yang paling ditunggu-tunggu olehnya. Kini mengapa perasaan itu sudah berubah sejak dia berpindah ke sekolah ini?
            
George kaget dengan tingkah Giovani. George berjalan ke arah sofa yang terletak berdekatan dengan meja belajar lalu menghempaskan punggungnya duduk. 


“Kenapa kau tak buka? Kau takut ke? Giov, kalau kau tak buka sekarang ni nanti terlepas pula tarikh pendaftarannya. Bukalah Giov.”


“Hmm…malas esok-esoklah aku buka. Sudahlah, aku mengantuk aku nak tidur.” Ujar Giovani yang bergerak ke arah katil empuknya itu. Giovani sudah tidak kisah dengan isi surat tersebut buat masa sekarang.


“Tapi bukalah dulu aku nak tahu juga apa katanya. Aku rasa bangga surat itu untuk kau. Dah lama kau tunggu surat ni, bila dah dapat tak nak buka pula. Cepatlah Giov aku tunggu ni.” George memujuk kembarnya itu.


“Huhhhh...” Giovani mula mengeluh. Dia yang sudah mula mengantuk bangun semula mengambil sampul surat tersebut lalu diserahkan kepada George. “Kau bangga kan? Nah, aku bagi kau buka. Esok kau beritahu aku jawapannya. Dah aku nak tidur jadi tolong jangan kacau aku.”


George menepis tangan Giovani. “Ini surat kau, seharusnya kau yang buka! Cepatlah aku dah tak sabar ni.”


“Kalau begitu kau tunggu sahaja esok sebab malam ni aku tak ada mood nak baca.” Balas Giovani malas.


“Kenapa susah sangat nak buka? Koyak je kan? Lagipun masih awal lagi." George memandang jam di dinding. "Hmm...baru nak dekat pukul 11 malam."


“Ish kau ni kenapa? Aku kata esok-esoklah aku buka. Aku nak tidur kau tak faham ke?” Giovani menengking George yang sudah menaikkan darahnya.


“Kau ni kenapa nak marah-marah aku pula? Aku cuma suruh kau buka surat tu je. Lagipun surat tu kan penting untuk masa depan kau. Jadi aku nak tengoklah apa jawapannya.”


Giovani rasa bersalah kerana menengking kembarnya. “Sorry George. Aku tak patut tengking kau.”


“Aku maafkan kau bila kau buka surat tu malam ni juga.” George tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Berjaya!


“Ok.” Jawab Giovani sepatah. Dia membukanya dengan perasaan yang bercampur baur.


Giovani menggeleng-geleng memandang surat yang di bacanya. Hatinya jadi kacau. Dia seolah-olah tidak percaya. Dibacanya berulang kali takut tersalah baca.


Tahniah Anda Terpilih untuk Meneruskan Pengajian di Sekolah King Edward III


Giovani memandang George yang seolah-olah tahu jawapannya. “Aku…Aku diterima?”. Soalnya meminta kepastian.


“Oh!” George dengan nada merajuk tak nak layan.


“Aku rasa mereka salah orang!” Ujar Giovani yang masih tidak percaya dengan jawapan yang dibacanya itu.


“Apa yang kau mengarut? So? Kau nak stay here atau bersekolah di sana?” Tanya George sambil menepuk bahu kiri Giovani. “Nampaknya kau berjaya!.”


“Hmm…Tapi aku suka hidup di sini. Kau ada. Malah, aku dapat kawan-kawan baru di sekolah.” Giovani bungkam. Dia tidak mampu membendung kesedihan untuk berpisah dengan mereka yang menceriakan harinya.


“Giov, jangan jadi bodoh. Kalau kau tak nak pergi, mengapa dari dulu kau bersusah payah berusaha untuk melayakkan diri? Kau lupa ke berapa ramai yang menjalani temuduga bersama-sama dengan kau dulu?” Tanya George.


“Aku cuma nak papa bangga dengan aku.” Luah Giovani. Giov tahu papa terasa hati apabila kawan-kawannya sering menceritakan tentang kehebatan anak-anak mereka yang sering mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan guru-guru. Manakan tidak, Giov seorang yang tidak aktif langsung di sekolahnya dan sering menyendiri.


Giov tekad untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang melibatkan sains kerana dia yakin dengan minatnya yang mendalam terhadap sains mampu membuahkan hasil. Dia menjadi johan dalam beberapa pertandingan kerana ciptanya yang unik seperti model kereta yang boleh memandu sendiri dan robot haiwan kesayangan.


“Kau lupa ke yang kau dah banyak buang masa untuk tawaran ini? Kau dah buang masa menyiapkan tesis.” George mengingatkan.


Giovani hanya mampu terdiam mengenangkan penat lelah yang dilaluinya selama ini. Benar, dia dah banyak membuang masa jika ditolak.


“Kau belajar piano untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sekarang kau hendak biarkan saja?” George mengungkit.


Giov sebak dengan keprihatinan George selama ini. “Aku tahu.”


“Giov, sekarang kau adalah Edwardy. Kau berhak berada di sana dan menempa nama untuk masa depan yang lebih cerah. Jangan biarkan peluang yang cukup bermakna ini berlalu begitu kerana tiada peluang kedua kepada yang menolak dan ditolak.” George terpaksa bertegas.


“Kalau aku pergi, kau bagaimana?” Tanya Giovani dengan nada masih bersalah.


“Jangan risaukan aku.” Ujar George sambil menguntum senyum.


“Nampaknya kita tidak akan berjumpa untuk tempoh yang lama selepas ini. Kau sedia maklumkan peraturan-peraturan yang mereka kenakan?” Balas George sambil mengeluh.


"Jangan risaulah Giov. Aku sentiasa ada di samping kau bila kau sunyi. Papa dan mama pasti faham. Mereka tentu gembira jika mengetahui keputusan kau." Ujar George sambil tersenyum.


Giovani mencapai telefon dan menghantar mesej kepada Ben tentang berita perpindahannya. Ben menelefon Giov dan mereka berbual panjang.


Pagi tersebut mereka ada kelas sejarah bersama-sama dengan cikgu Danish. Mereka harus segera pergi ke kelas di tingkat dua kerana jaraknya yang jauh dari tempat loker memakan masa yang lama untuk sampai.


“Kelvin, jom lah cepat. Kau tunggu apa lagi? Aku tak nak nanti cikgu Danish kenakan denda untuk kita sebab lambat.” Ujar Ben


“Eh, tak nak tunggu Giov ke? Kenapa dia lambat ya harini?” Kelvin bertanya.


“Giov? Engkau tak tahu ke? Engkau ni bergurau ye?” Sindir Ben yang seolah-olah tidak percaya dengan pertanyaan Kelvin.


“Kenapa pula? Aku pun tak tahu apa-apa ni. Apa maksud kau?” John pula pelik.


“Giovani Evans dah berpindah sekolah mulai hari ini. Jadi jom cepat sebelum kita kena denda.” Ben menjawab pertanyaan mereka berdua.


Mereka pun segera berjalan sambil soalan terus di lontar.


“Biar betul, tapi dia baru je berpindah ke sini kan? Kenapa pindah lagi?” Kelvin bertanya lagi.


“Dia terima tawaran ke sekolah King Edward III. Dia akan lapor diri hujung minggu ni. Nanti papanya akan datang ke sekolah untuk membuat urusan pertukaran. Mungkin dia tidak dapat datang sebab dia akan ikut mamanya pergi bershopping barang-barang keperluan.” Ben menjelaskan kepada kawan-kawannya itu. 


“King Edward?!! Wow! Jom kita pergi melawat dia sebelum dia pergi?” Cadang John.


“Ok. Nanti aku beritahu dia.” 
            
“Tak sangka aku Giov terpilih sebagai Edwardy!" Ujar Kelvin kagum.


“Oh yeah, korang diam-diam je [erkara ni. Giov taknak perkara ini dihebohkan. Jangan beritahu orang lain ok!”


Kedua-duanya mengangguk tanda faham. Tetapi mereka tidak sedar akan kehadiran seorang perempuan yang sedang berjalan di belakang mereka sudah mendengar segala percakapan mereka sejak mula. Mereka menaiki tangga ke tingkat dua manakala perempuan itu pula bergerak ke tingkat satu menuju ke makmal Fizik.


            

Labels:



Old things | New things