My Winter Crystal
The Writer


Facebook || Twitter
Navigations

Entries The Writer Hasil Karya



Aku Isteri Prince Charming Bab 5
Sunday, February 19, 2012 | 1:17 PM | 6 comments
Bab 5
       
        Hari minggu menjelang tiba. Bunga-bunga di sekitar kawasan Dunmow kembang dan mekar di simbahi cahaya mentari pagi di tambah pula cuaca yang dingin menyelubungi kawasan sekitarnya.

       “Kringgg…kringgg..kringgg…”

        Mya Andrea berasa malas untuk bangun apabila mendengar jam loceng yang dikuncinya. Dia menyesal kerana membuat janji temu dengan kawan-kawannya pada hari itu. Dia menghentikan deringan jam tersebut dan menarik selimut semula untuk tidur seketika lagi.Mya Andrea menyambung tidurnya selama dua jam.

        “Tok...tok..tok..” pintu diketuk dari luar. Mama membuka pintu, “Mya, cepat bangun. Kawan-kawan kamu dah tunggu kat bawah tu. Cepatla Mya.”

        “Ala, malas la ma. Mya mengantuk la. Kata kat diorang yang Mya kurang sihat, pening!” Ujar Mya yang masih memeluk bantal peluknya. Bilik yang di hiasi seperti kamar seorang puteri itu mampu membuatkan hati semua gadis tertawan untuk mendiaminya.

       “Cepat bangun! Atau kamu nak mama panggilkan lelaki yang handsome bersama teman-teman kamu itu kejutkan? Sinis mamanya.

         Mya tersentak terperanjat. Giovani? Terpaksa la dia bangun juga, lalu tergesa-gesa ke bilik mandi kemudian menarik sehelai baju keluar dari almari. Dia mengambil sehelai tank top dan seluar jeans paras lutut yang ala-ala bell bottom. Tetapi setelah tank topi itu dipakainya, jelas terlihat warna pink yang luntur di bahagian depannya. Mya mengeluh kekecewaan, padahal tank top itu adalah baju kesayangannya.Tak adalah ketara sangat…tapi rasa tak sedap juga.

        Melihat penampilannya di depan cermin yang kurang memuaskan, dia menukar baju lain. Di ambilnya baju yang di hadiahkan oleh Mak Cik Eva kepadanya. Tank top ungu! Cantik. Akhirnya dengan hanya menyisir rambutnya dan dengan cuma berbedak tipis, Mya segera turun.

        Kelihatan teman-temannya sedang minum di ruang tamu. Mereka sedang rancak bersembang dengan mamanya.

        “Wei, sorry aku terlewat. Jom!” Ujar Mya serba salah.
Mereka menghabiskan minuman dan bersalaman dengan mama Mya.

         “Selamat jalan, anak-anak. Have a nice day!”

Benjamin memandu Wald Toyota Alphard milik papanya ke Dream World. Mereka yang lain pula mula bersembang.

          Giovani pula masih merenung baju yang dipakai Mya sejak dia masuk kereta. Rasanya macam pernah tengok baju ni? Tapi dia kemudiannya membiarkan saja fikiran tersebut kerana dia berpendapat baju seperti itu bukan sehelai saja yang di jual. Kemudian, mereka yang lain menyapa Giovani yang kelihatan diam.

          “Giov, kau memang seorang yang pendiam ye?” Tanya Phia membuka bicara.

          Giov hanya mengangguk.

          “Wei, sejak beberapa hari ini, aku nampak Ella selalu balik tumpang kereta kau. Macam mana kau boleh baik dengan si Ella tu? Dia jiran sebelah rumah kau ke?” Tanya Naliz pula. Ella- gadis yang nampak seperti nerd itu selalu menjadi mangsa buli geng Velvet. Dia memakai kaca mata besar nampak seperti gadis yang hodoh walaupun sebenarnya Ella merupakan seorang yang cantik. Di tambah pula dengan perangainya yang lembap dan kurang matang kerana berperangai seperti kebudak-budakkan mungkin kerana dia sering dimanjakan, dia mudah saja dikenakan!

          “Sebenarnya, Ella itu sepupu aku sebelah mama. Masa hari pertama aku daftar masuk sekolah ni, papa aku yang datang ambil aku. kebetulan kami terserempak dengan bapa Ella yang ingin menjemputnya pulang. Papa berbual panjang dengan Pak Cik Shane. Mereka turut berborak perihal pemandu Ella. Katanya, pemandu lama Ella itu sudah berhenti kerana sakit. Sewaktu Ella muncul, aku di beritahu oleh papa yang kami ini sebenarnya sepupu. Papa turut mempelawa Ella untuk menumpang aku balik jika Pak Cik Shane sibuk. Jadi aku tidak membantah untuk menumpangkan Ella kebetulan rumahnya juga di kawasan Berkshire.” Jelas Giov panjang lebar.
   
          “Err, betul ke? Tapi dia ada cakap apa-apa tak kat kau pasal kami?” Kata Fiona pula yang kelihatan resah. Mana tidaknya budak itu selalu dibuli oleh mereka berempat terutamanya jika melibatkan tugasan secara berkumpulan di kelab sosial , mereka pasti mengajak Ella untuk menyertai kumpulan mereka bersama dan kemudian mengarahkan Ella untuk menyiapkan sendirian tugasan yang diberikan oleh guru penasihat. Ella selalu dikerjakan habis-habisan.

         “Tidak.” Tutur Giov. Dia mula curiga dengan pertanyaan Fiona itu.

         Akhirnya semua yang berada di dalam kereta diam dan tidak bertanya apa-apa lagi mungkin kerana takut rahsia mereka akan terbongkar. Mya yang sejak dari tadi diam rupa-rupanya sedang menyambung tidur di belakang. Mya semalam tidur lewat gara-gara menonton DVD yang baru dibelinya.  

         Dream World pada hari itu nasib baik tak terlalu ramai, mungkin juga kebetulan. Biasanya, Dream World pada hari minggu tak pernah sunyi dengan pengunjung yang sentiasa berkunjung.

        “Kita nak pergi mana?” tanya Giov ketika mereka sudah pun melewati pas masuk yang menandakan mereka boleh dan bebas untuk menaiki apa-apa permainan di tempat permainan.
“Kita pergi outdoor theme park, indoor first world, snow world, sky venture, flying coaster dan kalau korang ada bawa baju extra boleh kita pergi splash water.” Ujar Kelvin memberi penjelasan.
Sebenarnya, aktiviti hari itu sangat menyeronokkan jika Mya dalam keadaan baik. Tapi sayangnya tidak. Kepalanya yang sudah sakit dari pagi tadi tambah berdenyut-denyut di saat perutnya terasa mual. Apalagi semasa mereka menaiki sky venture. Jadi selepas mereka turun daripada sky venture, Mya terus muntah. Ish…sisa bawang Bombay nampaknya yang keluar! Cairan yang menjijikan bewarna jingga pun keluar dari mulutnya.
          “Keluarkan saja semuanya Mya, biar tak muntah dah lepas ni!” kata Naliz dengan nada prihatin sambil memicit-micit tengkuk Mya.
          Mya muntah lagi. Dia cepat-cepat mengelap mulutnya. Kerongkongnya terasa sakit.Giov hilang daripada kumpulan itu. Tanpa disangka-sangka, Giov berlalu dan membelikan Mya sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadanya.
          “Kau nak balik?” tanya Benjamin kerana risau dengan keadaan Mya. Biarpun mereka masih belum menaiki flying coaster dan masuk ke dalam indoor first world dan snow world.
          Mya menggeleng. “Tak payah. Lepas muntah, aku rasa lebih baik. Betul! Jom kita main permainan lain!”
          “Betul ke ni?” Phia merasa sangsi.
          “Betul la!” jawab Mya.
          Dasar perempuan keras kepala! Fikir Giovani.
          Tetapi perkara yang sama tetap berlaku, sebaik sahaja turun daripada flying coaster, Mya muntah lagi kali kedua. Itupun disebabkan dia dah muntah tadi, kali ini yang keluar dari perutnya taklah banyak, tetapi kemudian perutnya terasa sakit dan tubuhnya lemah.
          “Kau nak roti? Aku belikan ye? Ujar John yang sejak dari tadi memandang Mya kasihan. Baru dia teringat yang Mya belum makan sarapan pagi tadi, perutnya kosong.
          Mya menggeleng.
          Kali ini mereka memapah Mya keluar dari kawasan Dream World selepas Benjamin berkeras mahu menghantar Mya pulang kerana takut yang Mya akan pengsan pula selepas ini.
          “Kau dah rasa ok ke, atau perlu aku hantar kau ke klinik sekarang? Tanya Benjamin sambil memandu kereta keluar daripada kawasan Dream World.

          “Tak apa,aku cuma masuk angin. Nanti oklah.” Tutur Mya lemah.

          Ketika mereka melewati laut, Mya bersuara,“ Stop dulu, Ben! Aku teringin nak tengok laut sekejap.”

          Benjamin menurut, dan menghentikan keretanya di tepi pantai yang dipenuhi pengunjung itu.  Semestinya tidak seperti pemandangan di masa-masa dulu, sepanjang tepi laut itu sudah dibentang dengan tembok. Kononnya untuk mencegah daripada hakisan pantai yang semakin teruk.

          “Sekejap saja. Aku dah lama tak tengok keindahan laut.” Luah Mya. Mya memandang laut yang bewarna biru melalui cermin tingkap kereta. Suasana menjadi sepi tanpa kata-kata kerana masing-masing sudah letih. Kemudian, Benjamin membuka pintu sambil memasang tape yang memutarkan muzik slow yang lembut.

          Tidak beberapa lama, mungkin hembusan angin sepoi-sepoi laut, Mya tersengguk-sengguk dan tertidur kelesuan di kerusi kereta.

          Giovani memandang sayu gadis comel di hadapannya. Mereka yang lain keluar bergambar dan bermain air apabila Giovani tidak mahu menyertai. Selepas setengah jam, mereka masuk semula ke kereta dan Benjamin memandu kereta pulang ke rumah Mya.

          Mya terbangun dari tempat tidurnya. Rasanya baru saja dia memandang laut, tapi macam mana dia sudah ada di rumah? Dia tertanya-tanya dalam hati. Mamanya memasuki bilik.

          “Dah bangun Mya? Lama juga kamu ni tidur!”

          “Ma, sekarang dah pukul berapa”. tanya Mya.

          “Hampir pukul lima petang. Tadi kawan-kawan lelaki kamu jadi mangsa untuk kendong kamu ke bilik! Itulah, makan banyak lagi sampai semua kena angkat kamu.”

          Telinganya panas. Adakah dia tersalah dengar? Mya menutup muka. Mya tidak lagi mendengar kata-kata mama seterusnya kerana sudah menyentuh pipinya yang terasa membahang. Malu! Ben, John, Kelvin dan Giov…..mengendong aku? Arghhh! Di mana aku nak sorok muka ni?
          
         “Mya, kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?”
         
           Mya menoleh terkejut. “Apa, Ma?”

           “Malam ni jika badan kamu masih lemah, mama bawa kamu pergi jumpa doktor.” kata Mama.

             Mya membaringkan tubuhnya lagi dan menarik selimut hingga menutupi wajahnya. “Mya tak nak pergi klinik, Mya nak tidur.”

           “Apa? Tidur lagi? Kamu tu dah tidur hampir empat jam! Sudah, bangun pergi mandi.”

            Di bawah selimut, Mya merasa jantungnya berdegup kencang. Kenapa aku boleh tertidur tadi? Macam mana sekarang ni? Nanti macam mana aku nak berdepan dengan mereka semua? Malunya!!!

Labels:



Old things | New things