

|
The Writer
Facebook || Twitter Navigations
| Aku Isteri Prince Charming Bab 9
Friday, March 9, 2012 | 3:17 AM | 1 comments
Bab 9.
Mya Andrea menjemput Geng Velvet masuk ke dalam rumah.
"Ha, kenapa datang lambat sangat ni? Masuk...masuk...jom kita ke dapur mama dah tunggu." Kata Mya menjemput masuk. "Kami tunggu kau buka pintu yang lambat." Ujar Fiona menyeloroh sambil meluru masuk ke dalam dengan Sophia. "Papa kau ada tak ni? Seganla aku." Tanya Naliz yang masih tercegat dekat luar kerana segan dengan papa Mya. "Tak de, kat pejabat malam baru balik. Jom!" Mya menarik tangan Naliz ke dalam. Naliz memang begini. Mereka ke sana untuk membuat kek dengan mama Mya. Mereka begitu teruja dengan kesudian mama Mya meluangkan masa membantu mereka membuat kek coklat. Friendship Day bermula esok. Mereka akan menyediakan lima biji kek coklat. Sebenarnya mama Mya memberi cadangan untuk membeli sahaja kek coklat dari Jerry Bakery namun mereka menolak kerana mereka ingin menyediakan sesuatu yang istimewa khas untuk teman-teman yang lain.
Friendship
Day ialah acara sambutan wajib di Victoria High School khas buat pelajar tahun
akhir. Acara ini selalunya diadakan
sempena musim bunga kerana suasana sekitarnya indah. Mereka percaya persahabatan
juga adalah sesuatu yang indah. Pihak sekolah mengambil kesempatan melaksanakan aktiviti untuk pelajar tahun akhir apabila tiba musim
bunga.
Tahun
ini Friendship Day akan diadakan di Neo Park. Kawasan di situ memang di penuhi
dengan pokok-pokok besar yang mengeluarkan bunga yang cantik malah ada sebuah tasik buatan yang besar di situ. Mereka juga akan berkhemah di sana untuk dua
hari dan pelbagai acara akan berlangsung.
Meja di
dapur dipenuhi bahan- bahan ramuan membuat kek yang telah dibeli oleh mama di
kedai semalam. Peralatan untuk membuat kek juga sudah di sediakan.
“Bahan
asas untuk membuat kek ialah tepung gandum.” Ujar mama Mya memberi penerangan.
Mereka
mengangguk tanda faham dengan perasaan
teruja. Semua mengambil tepung seorang satu dan diletakkan di tepi.
“Masa untuk buat kek!” Jerit Mya
teruja. Mya memang penggemar kek tambah-tambah kek coklat. Boleh habis sebiji
kek coklat dengan si Mya.
Mama menggeleng-geleng kepala. “Mula-mula
ayak tepung dulu kerana kadang-kadang ada benda asing contohnya bubuk. Pegang
macam ni”. Terang Mama sambil menunjukkan cara mengayak tepung.
“Naliz cuba buat perlahan-lahan
sikit kan dah tumpah tu.” Nasihat mama yang melihat Naliz mengayak dengan
terlalu kasar sehingga tertumpah tepung. Dia turut memerhati gelagat anak-anak
gadis lain mengayak tepung dengan bermacam-macam kerenah.
“Ya, buat slow-slow sikit Naliz.”
Ujar Phia pula mencelah.
Naliz sudah
geram dengan sikap Phia. Dia buat tak dengar.
“Mya tolong bancuhkan serbuk koko
lima belas cawan dengan lima cawan susu cair.” Mama menyuruh Mya membancuh
serbuk koko untuk mereka. Kemudian dia meneruskan dengan yang lain. “Sekarang sukat 2 cawan tepung tu dan letak di
tepi. Jangan terlebih takut nanti kek tak jadi. Kemudian, ambil mangkuk ni dan pukul
telur sebanyak 4 biji sehingga kembang. Guna alat whisk. ” terang mama sambil menunjukkan yang
mana alat whisk. Dia tahu mereka bukan kenal dengan benda-benda macam tu.
Mereka semua menurut arahan tanpa membantah.
Masing-masing memukul telur dengan bersemangat.
“Sekarang sukat 250 gram butter.
Ambil 3 hingga 4 cawan gula. Kemudian, masukkan ke dalam hand whisk untuk putar
butter dengan gula sehingga kembang.” Mama menunjukkan cara.
“Berapa kelajuannya mak cik? Tanya
Fiona pula. Kalau dibiarkan dia seorang, dia akan mengenakan kelajuan maksimum.
“Guna yang ketiga. Baik, masukkan
telur tadi sedikit demi sedikit kedalamnya. Jangan masukkan sekaligus. Selesai
semua, masukkan tepung yang tadi selang-seli dengan bancuhan sebuk koko tu.”
Ujar mama menunjukkan serbuk koko yang siap dibancuh oleh Mya sebentar tadi. “Siap
semua letak di tepi nanti mak cik akan kukus.”
“Mama, macam mana nak buat topping?”
ujar Mya. Dia ingin membuat kek yang sedap.
“Ambil satu sudu marjerin dan
cairkan. Kemudian masukkan 3 sudu susu pekat manis dan serbuk koko. Tambahkan
sedikit air supaya tidak terlalu pekat.” Ujar mama menerangkan caranya. Kemudian dia berlalu untuk
mengukuskan kek. Dibiarkan mereka membuat bahagian topping.
Selepas kek siap, mereka pun
menghias kek masing-masing. Ada yang menggunakan buah strawberry, ada yang menggunakan krim, keju dan icing. Semua
kek nampak sempurna. Kemudian, mereka membantu mengemas dan membasuh peralatan yang
digunakan.
“Tak sabar aku nak pergi esok! Nak
tak kita pergi bersama naik kereta aku?” Ujar Fiona memberi cadangan. Dia yang
baru lulus ujian memandu begitu teruja untuk memandu bersama mereka semua.
“Aku takut la nak pergi dengan kau
yang baru lulus ujian memandu. Tak nak lah. Lebih baik biar aku saja yang pandu
sebab aku dah ada pengalaman.” Ujar Naliz pula.
Mereka ketawa kelucuan. Mereka bergerak ke tingkat atas untuk ke bilik Mya pula. "Macam mana dengan rancangan untuk hari esok? Kita terlibat dalam acara pada malam hari. Aku rasa kita buat truth or dare dikelilingi unggun api?" "Lepas tu kita minta Ben bawa gitar supaya dia boleh mainkan lagu-lagu masa tu?" Ujar Fiona memberi idea. "Aku tak setuju. Sebab kita ada lebih kurang 100 orang jadi macam tak sesuai." Sophia menggeleng-geleng. "Kau ada cadangan lain?" Naliz bertanya dengan nada menyampah. "Aku rasa kita buat macam idea Mya, dikelilingi unggun api cuma kita sediakan sebuah bekas. Dalam tu kita letak kertas yang ada bermacam-macam soalan untuk kenakan orang. Kita mainkan lagu dalam MP3 guna microphone. Lepas tu kita passing-passing la bekas tu semula sampai lagu berhenti. Andaikan Fiona yang dapat, dia perlu ambil satu dan kita minta seseorang baca. Tak buang masa dan tak banyak soalan yang ditanya oleh semua nanti. Kemudian, ulang semula untuk yang lain baru seronok!"terang Sophia panjang lebar. Mereka yang lain memandang Mya pula. "Ok. Aku setuju. jadi kita kena siapakan kertas-kertas tu sekarang sebelum terlewat pula." Jawab Mya sambil mengangguk-angguk. Mereka pun mengambil kertas-kertas yang bewarna dari dalam beg yang terletak di hujung katil. Mereka mula mengukur kertas dalam saiz 6x4 cm. Kemudian menggunting kertas-kertas yang siap di ukur. Naliz di menulis soalan-soalan yang dirasakan sesuai walaupun sebenarnya gila! Mya menyuruh Sophia menghias bekas agar kelihatan menarik. Mereka turut membantu Mya mengemas barang yang telah di beli untuk persiapan acara hari esok seperti belon, kad, kertas, dan sebagainya.Mereka menyiapkan semuanya sehingga ke menjelang malam. Apabila terdengar deruman enjin kereta papa Mya yang baru sampai ke rumah. Mereka pun segera mengemas barang-barang tersebut ke dalam sebuah beg. Mujur semuanya sempat siap. Kemudian, mereka meminta diri untuk pulang. "Jumpa esok pukul 7 pagi di rumah aku!" jawab Fiona. "Ok. Tetapi kereta kau Naliz yang pandu tau. Hahaha. Bye!" Ujar Mya ketawa sambil menghantar mereka ke muka pintu dan melambai-lambai tangan. "Hai, Sophia..Fiona..Naliz. Nak pak cik hantar balik?" Ujar papa yang baru keluar dari perut kereta. "Tak pe pak cik, tak perlu susah-susah, saya bawa kereta. Saya tumpangkan Fiona balik." Jawab Naliz mencelah. Dia segan untuk dihantar oleh papa Mya sebenarnya. "Ok. kalau begitu, hati-hati memandu." Jawab papa Mya. Apabila mereka sudah ke luar dari pagar rumah banglo di kawasan Dunmow, Sophia menyeberangi jalan sambil melambai-lambai tangan kepada mereka berdua. Fiona sudah memandang Naliz. "Mana kau letak kereta?" Tanya Fiona dengan nada geramNaliz. Naliz hanya tersenyum. "Aku tak nak tumpang papa Mya la, kau ni takkan tak tahu?" "Kau ni sengaja tau. Penat kaki aku nak berjalan." Fiona mengeluh marah. "Sorry. Jangan marah, muka kau dah tak lawa bila marah. Hehehe..." Naliz membalas. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Mujur rumah mereka tidak terlalu jauh. Namun, perjalanan sepanjang 1 km itu memang memenatkan di tambah pula pada cuaca yang dingin pada malam hari. Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING Aku Isteri Prince Charming Bab 8
Tuesday, March 6, 2012 | 6:05 PM | 2 comments
Bab 8,Fiona Ferez berjalan mendekati geng Velvet yang berada di meja panjang yang kedua di sebelah kiri sambil tangannya memegang sebuah buku latihan Fizik. Dia terpaksa turun semula ke bawah untuk mengambil buku yang ditinggalnya di dalam loker semalam. Dia masuk ke makmal dan mengambil tempat di sebelah Naliz seperti biasa.
“Kau
mesti dah siapkan semua latihan yang dia bagi kan? Nak tengok.” Ujar Naliz yang
memandang Fiona seperti biasa untuk meniru jawapan Fizik. Dia tidak suka dengan
subjek yang berkaitan dengan kira-kira. Baginya, Fizik adalah satu subjek yang
sukar dan terlalu rumit untuk pelajar sepertinya. Walaupun dia mempunyai
seorang tutor peribadi, namun dia masih tidak memahami konsep yang di ajarkan
biarpun berulang-ulang kali.
“Kau
nak tahu yang mana?” Tanya Fiona pula. Dia sudah kenal benar dengan sahabatnya
yang seorang ini, kerjanya asyik tertangguh dan suka meniru. Dia kasihan
melihat Naliz yang tidak mampu memahami konsep fizik dengan baik biarpun sudah masuk
tahun ketiga mereka belajarnya. Dia rela mengajarkan konsep dan cara untuk
mendapatkan jawapan daripada membiarkan Naliz terus-terusan meniru.
“Ala
letakla buku kau di atas meja. Aku nak salin jawapan kau, cepatlah.” Kata Naliz
dengan geram kerana Fiona sedang membuang masanya untuk menyalin.
“Hmmm…Sampai
bilala kau nak mahir kalau kerjanya asyik menyalin saja?” Luah Fiona dengan
keluhan.
“Ok,
tapi tolongla kali ini saja. Aku tak nak nanti dia denda aku lagi macam minggu
lepas sebab aku dah janji nak siapkan kerjanya kali ini. Tolong aku merayu pada
kau.” Naliz merayu. Dia takut kerana pada bila-bila masa saja cikgunya itu akan
muncul.
“Nahlah.
Kali ini saja. Lain kali aku tak nak biarkan kau tiru aku lagi. Aku nak ajar
kau. Kau ni sejak dari tahun lepas lagi bagi alasan yang sama.” Ujar Fiona
dengan kecewa.
“Kau
memang baik.” Ujar Naliz dengan senyuman sambil tangannya ligat menyalin
jawapan-jawapan ke dalam bukunya.
“Habislah
kau waktu peperiksaan O-level nanti sebab kau dah tak boleh meniru. Lebih baik kau
mula belajar dari sekarang Naliz sementara masih awal atau kau akan gagal.
Ingat, kita sudah tahun ketiga, kita akan menduduki O-level hujung tahun ini.”
Kata Sophia memberi nasihat. Dia memandang gelagat Naliz yang pantas menyalin jawapan-jawapan
itu.
“Aku
tahulah. Aku rasa menyesal sekarang ini sebab aku tidak menukar ke bidang yang
lain di sebabkan mama dan papa aku.” Naliz sudah muak mengulang jawapannya
sejak dahulu. Sebenarnya, dia memang ingin menukar ke bidang yang lain tetapi
ibu bapanya menghalang tindakkannya berbuat sedemikian. Mereka berpendapat
bidang sains akan menjamin masa depan anaknya.
“Betul
cakap Phia. Kau masih ada masa sekarang ni untuk kau belajar.” Jawab Mya yang
sejak dari tadi diam. Dia puas memerhati sekeliling mencari susuk tubuh jejaka
itu tetapi tidak ada.
Cikgu
Trevor mengetuk pintu perlahan dan masuk ke dalam makmal sambil menjinjing beg
hitamnya. Dia memulakan sesi pembelajaran bab baru dengan menggunakan slide. Semua
pelajar diam tidak berani berbuat bising kerana dia seorang cikgu yang cukup
garang dan tegas. Di sekolah, dia merupakan cikgu yang paling digeruni oleh
pelajar kerana dia garang dan berbadan sasa. Ini membuatkan ramai pelajar takut
untuk berhadapan dengannya. Namun, dia agak rapat dengan geng Velvet terutamanya
Mya dan Sophia yang selalu bertanyakan soalan.
Ketika
mengajar, cikgu Trevor akan memberikan penjelasan dengan cukup jelas dan
mengajarkan mereka langkah demi langkah. Dia akan mengulang penjelasannya
beberapa kali di ikuti dengan latihan. Cikgu Trevor juga akan mengedarkan
kertas cetakan nota dan latihan untuk memudahkan pelajar-pelajarnya. Dia tidak
suka membiarkan pelajarnya menyalin soalan dan membuang banyak masa. Justeru,
dia akan menyiapkan cetakan untuk mereka. Tinggal mereka menyelesaikan jalan
kira yang di minta di dalamnya. Dia memang seorang yang cukup teliti, dia akan
memastikan pelajar-pelajarnya faham ketika selesai menerangkan sesuatu konsep. Masalahnya
adalah apabila ada yang malu untuk mengakui yang mereka tidak memahami konsepnya
seperti Naliz.
Kini,
dia sudah beralih kepada uji kaji yang perlu dilakukan oleh pelajarnya. Dia
menerangkan tujuan dan cara melakukan uji kaji tersebut dengan selamat. Selesai
semuanya, cikgu Trevor mendekati pelajar-pelajarnya untuk melihat hasil uji kaji
yang dijalankan. Ketika dia mendekati geng Velvet, dia bertanyakan sesuatu
kepada Mya.
“Mana
Giovani?” Tanya cikgu Trevor.
“Saya
tak tahu cikgu. Mungkin tidak hadir kerana sejak tadi saya tidak nampak kelibat
dia di sekolah.” Jawab Mya jujur.
“Dia
dah pindah cikgu.” Celah Fiona.
Semua
mata tertumpu ke arah Fiona yang menyembunyikan perkara ini daripada mereka. Giovani
berpindah? Sejak bila pula si Fiona ini ambil pusing hal Giovani? Atau memang
dia juga menaruh hati terhadap Giovani seperti kebanyakkan pelajar yang lain?
Muka Mya panas dan di sembunyikan rasa cemburu di dalam hatinya. Dia
tahu, jika dibandingkan dia dengan Fiona, pasti Giovani akan memilih Fiona kerana
rupa parasnya yang cantik itu lebih layak untuk berdampingan dengan Giovani.
“Baiklah.”
Ujar cikgu Trevor sepatah dan berlalu.
Kini
soal siasat di antara mereka di mulakan. Mya menarik nafas panjang mencari semangat untuk bertanya.
“Macam
mana kau tahu Giovani dah pindah?” Tanya Mya sebaik cikgu berlalu. Patutlah
hari ini dia tidak nampak Giovani di sekolah. Kenapa Giovani berpindah dengan
begitu cepat? Tetapi, dia juga yang berharap agar dia tidak lagi bertembung dan
bersemuka dengan Giovani sejak peristiwa di Dream World.
“Aku
terdengar Ben bercakap dengan John dan Kelvin pasal ni masa aku menuju ke
makmal. Tetapi kau jangan pula pergi bertanyakan hal ini kepada mereka sebab Giov yang minta
perkara ini di rahsiakan daripada semua.” Fiona menjelaskan perkara sebenar.
“Dia
pindah ke mana?” Tanya Sophia pula.
“Entah.”
Fiona terpaksa menyembunyikan perkara sebenar kerana dia tidak mahu rahsia ini
pecah gara-gara dia terdengar perbualan pelajar lelaki tadi. Malah, dia hormat
dengan keputusan Giovani untuk merahsiakan berita ini.
“Ok.
Tapi kenapa begitu cepat?” Sophia bertanya lagi manalah tahu si Fiona ini akan
memberitahunya jawapan.
“Aku
tak pasti.” Bohong Fiona lagi. Di dalam hatinya, dia rasa sangat bersalah
kerana terpaksa berbohong.
“Aku
rasa mungkin sebab aku. Salah aku juga sebenarnya. ” Ujar Mya yang asyik
runsing memikirkan kejadian di Dream World tempoh hari.
Mereka
semua hairan. Kenapa pula dengan si Mya ni?
“Ingat
tak masa kejadian lepas balik dari Dream World haritu? Aku rasa mungkin sebab
itu dia berpindah. Dia tahu aku malu untuk berhadapan dengannya lagi.” Jelas Mya.
Ketawa
meletus di meja itu. Semua pelajar memandang ke arah kumpulan itu. Mereka segera diam!
“Kau
merepek la Mya. Tak mungkin!” Jawab Naliz sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“Taklah
Mya. Aku rasa sebab lain.” Jawab Fiona pula. Dia seolah-olah ingin menerangkan
perkara sebenarnya namun dia berbelah bagi.
“Betul
tu, aku yakin pasti ada sebab lain. Kau tak payah risaulah Mya.” Ujar Sophia
pula.
Mereka
semua menggeleng-geleng kepala dengan perangai Mya.
“Tapi
sayang, Prince Charming sekolah sudah tiada. Nampaknya ada orang akan merindui
si dia la selepas ini.” Ujar Sophia lagi. Dia memerhatikan wajah Mya yang
ternyata berubah merah.
“Maksud
kau mesti si Mya kan?” Tanya Naliz yang seperti sudah dapat mengagak maksud
sebenarnya.
“Hmm...Aku
sedih dia pindah. Kenapa semua perlu pindah? Dah tak boleh nak tengok muka dia yang kacak tu lagi.
Sudahlah gambar dia sekeping pun aku tiada.” Luah Mya jujur.
“Eh,
aku ada tangkap gambar dia tetapi belum dicuci. Ingat tak masa kau tidur di
dalam kereta? Kami semua turun bergambar berlatar belakangkan laut. Gambar dia
dengan kami semua, gambar dia dengan aku dan gambar dia seorang pun ada. Jangan
marah Mya.” Ujar Fiona pula. Sebenarnya dia cuba menyakat Mya Andrea.
Semua
tertawa apabila muka Mya berubah masam.
“Nanti
kau cuci lebih, aku nak simpan. Boleh la aku nak juga.” Pinta Mya
bersungguh-sungguh.
“Kau kejam Fiona! Kesian dia. Mana ada kami semua bergambar dengan Giovani sebab dia malas nak turun
kereta. Dia duduk dalam kereta dengan kau masa tu.” Terang Naliz jujur.
“Cakaplah
betul-betul, apa ni? Mana yang betul?” Tanya Mya meminta kepastian.
“Betul, dia tak turun, dia teman kau dalam kereta haritu.” Sophia menjawab pertanyaan Mya.
“Betul?”
Tanya Mya sambil tersenyum bahagia.
Semua
menggangguk-angguk. Yang jelas, mereka memang sudah dapat mengagak hal ini
sejak dari mula. Mya Andrea memang menaruh hati terhadap Giovani. Tidak salah
lagi! Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING Aku Isteri Prince Charming Bab 7
Saturday, March 3, 2012 | 3:21 AM | 0 comments
Bab 7Giovani hairan dengan kehadiran sepucuk surat yang berada di dalam lokernya. Dia baru sedar akan kehadiran surat tersebut ketika sedang mengemas buku di dalam ruangan loker sebelum pulang. Sementara menunggu Ella di dalam kereta, dia membuka dan membaca surat tersebut. Namun surat tersebut tidak pula mempunyai pengenalan diri si pengirim. Dia berasa pelik dengan kehadiran surat tersebut yang menceritakan kisah penantian seorang gadis yang sangat mengharapkan Prince Charming untuk melamarnya. Dia membaca ayat terakhir yang mendebarkan dadanya. "Aku harap kau akan jadi Prince Charming kepada Mya Andrea kerana dia sudah lama menantikan kehadiran seorang Prince Charming di dalam hidupnya." Dalam hati dia tertanya-tanya siapakah si pengirim surat tersebut? Mengapa si pengirim surat ini beria-ia menyuruhnya menjadi Prince Charming kepada Mya? Dan benarkah surat itu untuk dia? Prince Charming? Otaknya ligat berfikir manakala hati pula jadi tak keruan. Dia mula teringin untuk menyiasatnya. Ella membuka pintu kereta dan masuk. Giovani menghidupkan enjin kereta dan meluncur pulang. Suasana sunyi sepi seperti biasa. Ella pula sedang membaca novel. Pada Giov, Ella memang seorang yang gemar membaca novel. Sejak Ella menumpangnya, sudah dua buah buku yang dibacanya. Pada mulanya, Giov memang ingin tahu tentang surat yang diterimanya dengan Ella, namun dia rasa tidak sesuai untuk berbicara hal ini. Risau! Takut terasa hati kerana perasaan perempuan tidak boleh di duga. Ketika tiba di rumah, mama menghampirinya dengan satu sampul surat putih di tangan. Giovani hairan, surat lagi! Surat apa pulak ni? Gumamnya di dalam hati. “Ini surat untuk kamu. Dari King Edward III.” Ujar mamanya tersenyum sambil menghulurkan surat tersebut kepada Giovani dan berlalu ke dapur menyiapkan makan malam. “Terima kasih.” Jawabnya sepatah. Giovani meletakkan surat tersebut di atas meja belajarnya lalu berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian, dia turun makan dan seterusnya melakukan kerja sekolah sehingga ke malam. Apabila selesai menyiapkan semuanya, Giovani terpandang sampul surat putih tadi. Surat itu dahulu merupakan satu-satunya surat yang paling ditunggu-tunggu olehnya. Kini mengapa perasaan itu sudah berubah sejak dia berpindah ke sekolah ini? George kaget dengan tingkah Giovani. George berjalan ke arah sofa yang terletak berdekatan dengan meja belajar lalu menghempaskan punggungnya duduk. “Kenapa kau tak buka? Kau takut ke? Giov, kalau kau tak buka sekarang ni nanti terlepas pula tarikh pendaftarannya. Bukalah Giov.” “Hmm…malas esok-esoklah aku buka. Sudahlah, aku mengantuk aku nak tidur.” Ujar Giovani yang bergerak ke arah katil empuknya itu. Giovani sudah tidak kisah dengan isi surat tersebut buat masa sekarang. “Tapi bukalah dulu aku nak tahu juga apa katanya. Aku rasa bangga surat itu untuk kau. Dah lama kau tunggu surat ni, bila dah dapat tak nak buka pula. Cepatlah Giov aku tunggu ni.” George memujuk kembarnya itu. “Huhhhh...” Giovani mula mengeluh. Dia yang sudah mula mengantuk bangun semula mengambil sampul surat tersebut lalu diserahkan kepada George. “Kau bangga kan? Nah, aku bagi kau buka. Esok kau beritahu aku jawapannya. Dah aku nak tidur jadi tolong jangan kacau aku.” George menepis tangan Giovani. “Ini surat kau, seharusnya kau yang buka! Cepatlah aku dah tak sabar ni.” “Kalau begitu kau tunggu sahaja esok sebab malam ni aku tak ada mood nak baca.” Balas Giovani malas. “Kenapa susah sangat nak buka? Koyak je kan? Lagipun masih awal lagi." George memandang jam di dinding. "Hmm...baru nak dekat pukul 11 malam." “Ish kau ni kenapa? Aku kata esok-esoklah aku buka. Aku nak tidur kau tak faham ke?” Giovani menengking George yang sudah menaikkan darahnya. “Kau ni kenapa nak marah-marah aku pula? Aku cuma suruh kau buka surat tu je. Lagipun surat tu kan penting untuk masa depan kau. Jadi aku nak tengoklah apa jawapannya.” Giovani rasa bersalah kerana menengking kembarnya. “Sorry George. Aku tak patut tengking kau.” “Aku maafkan kau bila kau buka surat tu malam ni juga.” George tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Berjaya! “Ok.” Jawab Giovani sepatah. Dia membukanya dengan perasaan yang bercampur baur. Giovani menggeleng-geleng memandang surat yang di bacanya. Hatinya jadi kacau. Dia seolah-olah tidak percaya. Dibacanya berulang kali takut tersalah baca. Tahniah Anda Terpilih untuk Meneruskan Pengajian di Sekolah King Edward III Giovani memandang George yang seolah-olah tahu jawapannya. “Aku…Aku diterima?”. Soalnya meminta kepastian. “Oh!” George dengan nada merajuk tak nak layan. “Aku rasa mereka salah orang!” Ujar Giovani yang masih tidak percaya dengan jawapan yang dibacanya itu. “Apa yang kau mengarut? So? Kau nak stay here atau bersekolah di sana?” Tanya George sambil menepuk bahu kiri Giovani. “Nampaknya kau berjaya!.” “Hmm…Tapi aku suka hidup di sini. Kau ada. Malah, aku dapat kawan-kawan baru di sekolah.” Giovani bungkam. Dia tidak mampu membendung kesedihan untuk berpisah dengan mereka yang menceriakan harinya. “Giov, jangan jadi bodoh. Kalau kau tak nak pergi, mengapa dari dulu kau bersusah payah berusaha untuk melayakkan diri? Kau lupa ke berapa ramai yang menjalani temuduga bersama-sama dengan kau dulu?” Tanya George. “Aku cuma nak papa bangga dengan aku.” Luah Giovani. Giov tahu papa terasa hati apabila kawan-kawannya sering menceritakan tentang kehebatan anak-anak mereka yang sering mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan guru-guru. Manakan tidak, Giov seorang yang tidak aktif langsung di sekolahnya dan sering menyendiri. Giov tekad untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang melibatkan sains kerana dia yakin dengan minatnya yang mendalam terhadap sains mampu membuahkan hasil. Dia menjadi johan dalam beberapa pertandingan kerana ciptanya yang unik seperti model kereta yang boleh memandu sendiri dan robot haiwan kesayangan. “Kau lupa ke yang kau dah banyak buang masa untuk tawaran ini? Kau dah buang masa menyiapkan tesis.” George mengingatkan. Giovani hanya mampu terdiam mengenangkan penat lelah yang dilaluinya selama ini. Benar, dia dah banyak membuang masa jika ditolak. “Kau belajar piano untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sekarang kau hendak biarkan saja?” George mengungkit. Giov sebak dengan keprihatinan George selama ini. “Aku tahu.” “Giov, sekarang kau adalah Edwardy. Kau berhak berada di sana dan menempa nama untuk masa depan yang lebih cerah. Jangan biarkan peluang yang cukup bermakna ini berlalu begitu kerana tiada peluang kedua kepada yang menolak dan ditolak.” George terpaksa bertegas. “Kalau aku pergi, kau bagaimana?” Tanya Giovani dengan nada masih bersalah. “Jangan risaukan aku.” Ujar George sambil menguntum senyum. “Nampaknya kita tidak akan berjumpa untuk tempoh yang lama selepas ini. Kau sedia maklumkan peraturan-peraturan yang mereka kenakan?” Balas George sambil mengeluh. "Jangan risaulah Giov. Aku sentiasa ada di samping kau bila kau sunyi. Papa dan mama pasti faham. Mereka tentu gembira jika mengetahui keputusan kau." Ujar George sambil tersenyum. Giovani mencapai telefon dan menghantar mesej kepada Ben tentang berita perpindahannya. Ben menelefon Giov dan mereka berbual panjang. Pagi tersebut mereka ada kelas sejarah bersama-sama dengan cikgu Danish. Mereka harus segera pergi ke kelas di tingkat dua kerana jaraknya yang jauh dari tempat loker memakan masa yang lama untuk sampai. “Kelvin, jom lah cepat. Kau tunggu apa lagi? Aku tak nak nanti cikgu Danish kenakan denda untuk kita sebab lambat.” Ujar Ben “Eh, tak nak tunggu Giov ke? Kenapa dia lambat ya harini?” Kelvin bertanya. “Giov? Engkau tak tahu ke? Engkau ni bergurau ye?” Sindir Ben yang seolah-olah tidak percaya dengan pertanyaan Kelvin. “Kenapa pula? Aku pun tak tahu apa-apa ni. Apa maksud kau?” John pula pelik. “Giovani Evans dah berpindah sekolah mulai hari ini. Jadi jom cepat sebelum kita kena denda.” Ben menjawab pertanyaan mereka berdua. Mereka pun segera berjalan sambil soalan terus di lontar. “Biar betul, tapi dia baru je berpindah ke sini kan? Kenapa pindah lagi?” Kelvin bertanya lagi. “Dia terima tawaran ke sekolah King Edward III. Dia akan lapor diri hujung minggu ni. Nanti papanya akan datang ke sekolah untuk membuat urusan pertukaran. Mungkin dia tidak dapat datang sebab dia akan ikut mamanya pergi bershopping barang-barang keperluan.” Ben menjelaskan kepada kawan-kawannya itu. “King Edward?!! Wow! Jom kita pergi melawat dia sebelum dia pergi?” Cadang John. “Ok. Nanti aku beritahu dia.” “Tak sangka aku Giov terpilih sebagai Edwardy!" Ujar Kelvin kagum. “Oh yeah, korang diam-diam je [erkara ni. Giov taknak perkara ini dihebohkan. Jangan beritahu orang lain ok!” Kedua-duanya mengangguk tanda faham. Tetapi mereka tidak sedar akan kehadiran seorang perempuan yang sedang berjalan di belakang mereka sudah mendengar segala percakapan mereka sejak mula. Mereka menaiki tangga ke tingkat dua manakala perempuan itu pula bergerak ke tingkat satu menuju ke makmal Fizik. Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING Aku Isteri Prince Charming Bab 6
Monday, February 20, 2012 | 10:05 AM | 1 comments
Bab 6
Phia datang ke rumah Mya malam itu. Sebenarnya, Phia sudah bosan berada di rumah tanpa kawan. Mujur, rumah mereka bertentangan. Hanya perlu berjalan beberapa langkah keluar dari pintu rumah sambil membuka pintu pagar lalu menyeberangi jalan raya dan sudah tiba ke tempat yang dituju.
“Tok…tok…tok…” Pintu di ketuk dari luar.
Mama Mya yang sedang membaca buku di ruang tamu meletakkan buku yang sedang di bacanya di atas meja. Kemudian dia bergerak untuk membuka pintu.
“Oh, kamu Phia. Ingatkan siapa tadi. Ha masuklah, Mya ada di dalam bilik.”
Phia tersenyum, “Terima kasih Mak Cik.” Phia pantas bergerak ke bilik Mya di tingkat atas. Pintu dibukanya seperti biasa. Dia mengeluh melihat kawan baiknya itu sedang menulis sesuatu di meja bulatnya.
“Apalah kau ni Mya, stop buat benda bodoh macam ini boleh tak? Tolong realistik sikit!” Phia bergerak menuju ke arah Mya. “Apa kau ingat Prince Charming tu wujud di alam realiti? Padahal itu semua rekaan...fantasi sajala Mya!”Ujar Phia menasihati Mya seperti kebiasaannya.
Mya Andrea memang terlalu taksub dengan cerita dongeng sejak kecil sehinggalah sekarang. Setiap peristiwa suka duka, Mya akan coretkan di dalam surat tersebut. Mya mahu Prince Charming membaca surat-surat tersebut selepas mereka berkahwin nanti supaya Prince Charming tahu apa yang dilaluinya sepanjang dia menantikan kehadiran Price Charming. Kemudian, surat-surat yang dikumpulnya itu di simpan ke dalam almari yang bersaiz besar. Setiap surat itu khas buat Prince Charming.
“Alah, biarlah. Lagipun, bukan kau tolong aku tulis pun. Kau tu jealous dengan Prince Charming sebenarnya sebab aku tak tulis satu surat pun untuk kau kan? Hehehe...” Kata Mya sambil terus menulis tanpa mengambil pusing kata-kata Phia.
“ Tak hairanlah aku dengan surat-surat tu. Umur dah 17 tahun tapi fikiran macam budak umur 7 tahun!” Ujar Phia geram sambil duduk menghempaskan punggungnya di atas sofa.
“Ala lepas aku kahwin dengan Prince Charming nanti, aku stop la tulis surat-surat ni.” Mya sudah selesai menulis. Di letakkan surat yang baru ditulisnya ke dalam almari seperti surat-surat yang lain yang jelas tersusun kemas di tempatnya. Mya berlalu ke tandas untuk mencuci muka.
Tiba-tiba, sekeping kertas terbang melayang ke arah Phia. Kertas yang dicetak! Lalu, dipandang printer yang berada di tepinya. Kertas seperti itu telah dibuat cetakan beberapa keping. Dia membelek maklumat yang berada di dalam kertas tersebut.
Phia menggeleng-geleng kepala. "Hmm..Betul telahan aku, dia ni ada hati juga kat dia." Ujar Phia bermonolog.
“Eh, aku terlupa nak tanya kau , kau dah serahkan ke kertas yang kami isi tu?” Tanya Phia dengan nada ingin tahu. Hatinya seperti sudah dapat meneka sesuatu yang disembunyikan Mya.
“Kenapa?” Tanya Mya dari dalam tandas. Kemudian, dia segera keluar.
“Hmm… Sebab haritu, Miss Ivy ada tanya, dia dah edarkan ke belum kertas maklumat diri pelajar untuk kelas tiga sebab kertas-kertas tu macam tak terusik di meja gurunya? Katanya dia perlu segera update dalam website sekolah. Aku beritahu dia kau dah bagi kertas untuk isi butir-butir peribadi tu. Lepas tu dia cakap ok, tak mengapa.” Ujar Phia panjang lebar sambil mengingati perbualannya dengan cikgu penasihat kelas tiga itu.
“Err, kau takkan tak tahu Miss Ivy itu kan cikgu baru di sekolah? Aku dah siap update butir-butir peribadi kamu semua tu dalam website sekolah. Lagipun, aku masih ingat password sebab tahun lepas kan aku tolong Cikgu Pamela update benda-benda ni untuk kelab sosial? Tapi aku terlupa nak beritau di perkara ni. Hmm... Tengoklah esok aku jumpa dia sebelum pulang.” Bicara Mya sambil memegang tuala mengelap mukanya yang basah.
“Ok, tapi rajin juga kau buat kerja. Sejak bila ni kau jadi terlebih rajin ha? Aku hairan.” Sindir Phia sambil membuat muka bekerut.
“Stop buat andaian! Masa tu aku tak banyak kerja la, so aku tolong dia update benda-benda ni.” Mya melemparkan tuala yang tersangkut di lehernya ke arah Phia. Padan muka!
“Ya ke? Or kau ada agenda lain? Mya Andrea, jangan nak pusing cakap, baik kau admit!” Phia mengangkat-angkat kening. Tuala di baling kembali kepada Mya.
“Hey, apa ni! Mana ada apa-apalah.” Mya Andrea gusar. Apakah rahsianya yang satu ini akan terbongkar di tangan Phia? Mya memandang printer. Aduh, patutlah! Aku terlupa nak simpan. Mya tepuk dahi.
Kemudian, dia menyangkut tuala dan bergerak duduk di sebelah Phia. Mya memasang DVD sebagai hiburan buat mereka berdua.
“Kau tak payah nak berdalih lagi. Aku rasa aku dah tahu. Hmm..Ni apa?” Sindir Phia sambil tangannya mengangkat kertas yang mempunyai maklumat peribadi Giov lalu di letakkan dalam genggaman Mya. “Miss Ivy suruh? Hahaha...ke nak kenal Giov? Cepat mengaku!”. Phia seperti tidak lagi berminat dengan DVD yang dipasangkan.
“Ok. Nampaknya, aku dah terperangkap. But before that, kau kena janji dulu dengan aku yang kau takkan bocorkan perkara ini. Janji?” Mya membuat tangan seperti untuk berjanji.
Phia membalas tangan dan berjanji. “Hmm...Janji!”
“Hari pertama Giov di sekolah, ramai perempuan yang ingin berkenalan dengan dia. Tapi sayang, dia seorang yang pendiam. Aku ambil kesempatan bila Miss Ivy lantik aku jadi setiausaha kelas tiga. Tapi waktu tu baru idea ni muncul. Dan kau tak boleh salahkan aku 100% sebab aku turut menyalurkan maklumat ini ke jalan yang betul. Huhuhu…” Luah Mya membocorkan diri.
“Hahaha. Jadi, kau pun suka dia? Dan kau dah anggap dia sebagai Prince Charming?” Phia membuat telahan. Hmm…Mya…Mya…hatinya mengeluh sendirian.
“Entahlah, aku tak tahu. Muka boleh tahan handsomenya tetapi tidak memenuhi kriteria Prince Charming idaman aku. Tidak romantik, pendiam malah dia macam bencikan perempuan.” Mya menjongket bahu.
“Betul. Dia tu seperti tiada keinginan langsung untuk mendampingi mana-mana perempuan!” Akui Phia. Phia sebenarnya turut menaruh hati pada Giovani. Tetapi sekarang dia rasa seperti Mya lebih layak memiliki Giov. Tetapi mengapa? Entahlah, dia sendiri tiada jawapan.
“Orang macam aku lagila dia tak pandang. Sudahlah dia terpaksa mengendong aku yang berat ni. Kau tahu, aku rasa malu sangat nak berhadapan dengan dia! Ben, John dan Kelvin tak apalah sebab mereka memang sudah lama mengenali aku.” Mya menutup muka apabila mengingati kejadian di Dream World. Peristiwa yang mengaibkan!
“Tapi tak ada pula aku dengar gosip yang dia merungut sebab kena kendong kau?” Cerita Phia.
“Tak mungkin kot?” Ujar Mya meragui.
“Betulla. Giov kan pendiam.” Omel Phia.
“Phia, aku takut kalau-kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan ketampanan Giov. Kau tahu kan ramai perempuan di sekolah kita menaruh hati? Dan mungkin kau salah seorang daripada mereka? Aku takut dikecewakan lagi.” Mya meluahkan perasaan.
“Ala kau ni merendah diri sangat. Aku tengok tak ada perempuan pun yang berjaya pikat Giov. So kau still ada peluang.” Bicara Phia dengan penuh bersemangat. Namun, di dalam hati Phia juga mahu Giov itu menjadi miliknya. Giovani yang kacak itu memang mampu mencairkan hati ramai perempuan.
“Kau nak aku luahkan perasaan aku kepada dia? Oh, tak mungkin! Mana aku nak letak muka aku ni jika dia tolak cinta? Tak mungkin!” Mya menggeleng tanda tak setuju.
“Atau kau masih mengharapkan cinta Zack?” Sekarang Phia cuba mengumpan hati sahabat baiknya itu.
“Gila! Tak naklah. Lagipun, aku dah dapat upakan dia. Kau tahukan Zack itu hanyalah BBF aka boy best friend?” Mya meluahkan hatinya. Teman rapat yang disangka bakal Prince Charmingnya itu telah pergi meninggalkan dirinya.
“Sorry Mya. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Tapi haritu, Zack tanya khabar kau.” Phia menyampaikan kata-kata Zack.
“It's ok. Kadang-kadang aku juga teringatkan dia.” Mya semakin galak meluahkan perasaan.
Tiba-tiba telefon bimbit Phia berbunyi.
Panggilan daripada mama!
“Hello Ma, ya. Sekejap je Phia dah nak balik ni.” Ujar Phia kepada mamanya melalui corong telefon. Kemudian, dia diletak. “Wei, aku kena balik sekarang. Mama aku dah marah ni. Jumpa esok!”
“Take care!.” Mya membalas.
Mya bergerak ke arah katilnya. Dia menutup DVD yang terpasang itu. Sekarang, dia memasang lagu You Took My Heart Away melalui MP3. Kenangan mula berligar di benak fikiran. Sudah! Lebih baik aku tidur kalau tak mengalir lagi air mata ini. Omel Mya di dalam hati sambil menarik selimut.
Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING Aku Isteri Prince Charming Bab 5
Sunday, February 19, 2012 | 1:17 PM | 6 comments
Bab 5
Hari minggu menjelang tiba. Bunga-bunga di sekitar kawasan Dunmow kembang dan mekar di simbahi cahaya mentari pagi di tambah pula cuaca yang dingin menyelubungi kawasan sekitarnya.
“Kringgg…kringgg..kringgg…”
Mya Andrea berasa malas untuk bangun apabila mendengar jam loceng yang dikuncinya. Dia menyesal kerana membuat janji temu dengan kawan-kawannya pada hari itu. Dia menghentikan deringan jam tersebut dan menarik selimut semula untuk tidur seketika lagi.Mya Andrea menyambung tidurnya selama dua jam.
“Tok...tok..tok..” pintu diketuk dari luar. Mama membuka pintu, “Mya, cepat bangun. Kawan-kawan kamu dah tunggu kat bawah tu. Cepatla Mya.”
“Ala, malas la ma. Mya mengantuk la. Kata kat diorang yang Mya kurang sihat, pening!” Ujar Mya yang masih memeluk bantal peluknya. Bilik yang di hiasi seperti kamar seorang puteri itu mampu membuatkan hati semua gadis tertawan untuk mendiaminya.
“Cepat bangun! Atau kamu nak mama panggilkan lelaki yang handsome bersama teman-teman kamu itu kejutkan? Sinis mamanya.
Mya tersentak terperanjat. Giovani? Terpaksa la dia bangun juga, lalu tergesa-gesa ke bilik mandi kemudian menarik sehelai baju keluar dari almari. Dia mengambil sehelai tank top dan seluar jeans paras lutut yang ala-ala bell bottom. Tetapi setelah tank topi itu dipakainya, jelas terlihat warna pink yang luntur di bahagian depannya. Mya mengeluh kekecewaan, padahal tank top itu adalah baju kesayangannya.Tak adalah ketara sangat…tapi rasa tak sedap juga.
Melihat penampilannya di depan cermin yang kurang memuaskan, dia menukar baju lain. Di ambilnya baju yang di hadiahkan oleh Mak Cik Eva kepadanya. Tank top ungu! Cantik. Akhirnya dengan hanya menyisir rambutnya dan dengan cuma berbedak tipis, Mya segera turun.
Kelihatan teman-temannya sedang minum di ruang tamu. Mereka sedang rancak bersembang dengan mamanya.
“Wei, sorry aku terlewat. Jom!” Ujar Mya serba salah.
Mereka menghabiskan minuman dan bersalaman dengan mama Mya.
“Selamat jalan, anak-anak. Have a nice day!”
Benjamin memandu Wald Toyota Alphard milik papanya ke Dream World. Mereka yang lain pula mula bersembang.
Giovani pula masih merenung baju yang dipakai Mya sejak dia masuk kereta. Rasanya macam pernah tengok baju ni? Tapi dia kemudiannya membiarkan saja fikiran tersebut kerana dia berpendapat baju seperti itu bukan sehelai saja yang di jual. Kemudian, mereka yang lain menyapa Giovani yang kelihatan diam.
“Giov, kau memang seorang yang pendiam ye?” Tanya Phia membuka bicara.
Giov hanya mengangguk.
“Wei, sejak beberapa hari ini, aku nampak Ella selalu balik tumpang kereta kau. Macam mana kau boleh baik dengan si Ella tu? Dia jiran sebelah rumah kau ke?” Tanya Naliz pula. Ella- gadis yang nampak seperti nerd itu selalu menjadi mangsa buli geng Velvet. Dia memakai kaca mata besar nampak seperti gadis yang hodoh walaupun sebenarnya Ella merupakan seorang yang cantik. Di tambah pula dengan perangainya yang lembap dan kurang matang kerana berperangai seperti kebudak-budakkan mungkin kerana dia sering dimanjakan, dia mudah saja dikenakan!
“Sebenarnya, Ella itu sepupu aku sebelah mama. Masa hari pertama aku daftar masuk sekolah ni, papa aku yang datang ambil aku. kebetulan kami terserempak dengan bapa Ella yang ingin menjemputnya pulang. Papa berbual panjang dengan Pak Cik Shane. Mereka turut berborak perihal pemandu Ella. Katanya, pemandu lama Ella itu sudah berhenti kerana sakit. Sewaktu Ella muncul, aku di beritahu oleh papa yang kami ini sebenarnya sepupu. Papa turut mempelawa Ella untuk menumpang aku balik jika Pak Cik Shane sibuk. Jadi aku tidak membantah untuk menumpangkan Ella kebetulan rumahnya juga di kawasan Berkshire.” Jelas Giov panjang lebar.
“Err, betul ke? Tapi dia ada cakap apa-apa tak kat kau pasal kami?” Kata Fiona pula yang kelihatan resah. Mana tidaknya budak itu selalu dibuli oleh mereka berempat terutamanya jika melibatkan tugasan secara berkumpulan di kelab sosial , mereka pasti mengajak Ella untuk menyertai kumpulan mereka bersama dan kemudian mengarahkan Ella untuk menyiapkan sendirian tugasan yang diberikan oleh guru penasihat. Ella selalu dikerjakan habis-habisan.
“Tidak.” Tutur Giov. Dia mula curiga dengan pertanyaan Fiona itu.
Akhirnya semua yang berada di dalam kereta diam dan tidak bertanya apa-apa lagi mungkin kerana takut rahsia mereka akan terbongkar. Mya yang sejak dari tadi diam rupa-rupanya sedang menyambung tidur di belakang. Mya semalam tidur lewat gara-gara menonton DVD yang baru dibelinya.
Dream World pada hari itu nasib baik tak terlalu ramai, mungkin juga kebetulan. Biasanya, Dream World pada hari minggu tak pernah sunyi dengan pengunjung yang sentiasa berkunjung.
“Kita nak pergi mana?” tanya Giov ketika mereka sudah pun melewati pas masuk yang menandakan mereka boleh dan bebas untuk menaiki apa-apa permainan di tempat permainan.
“Kita pergi outdoor theme park, indoor first world, snow world, sky venture, flying coaster dan kalau korang ada bawa baju extra boleh kita pergi splash water.” Ujar Kelvin memberi penjelasan.
Sebenarnya, aktiviti hari itu sangat menyeronokkan jika Mya dalam keadaan baik. Tapi sayangnya tidak. Kepalanya yang sudah sakit dari pagi tadi tambah berdenyut-denyut di saat perutnya terasa mual. Apalagi semasa mereka menaiki sky venture. Jadi selepas mereka turun daripada sky venture, Mya terus muntah. Ish…sisa bawang Bombay nampaknya yang keluar! Cairan yang menjijikan bewarna jingga pun keluar dari mulutnya.
“Keluarkan saja semuanya Mya, biar tak muntah dah lepas ni!” kata Naliz dengan nada prihatin sambil memicit-micit tengkuk Mya.
Mya muntah lagi. Dia cepat-cepat mengelap mulutnya. Kerongkongnya terasa sakit.Giov hilang daripada kumpulan itu. Tanpa disangka-sangka, Giov berlalu dan membelikan Mya sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadanya.
“Kau nak balik?” tanya Benjamin kerana risau dengan keadaan Mya. Biarpun mereka masih belum menaiki flying coaster dan masuk ke dalam indoor first world dan snow world.
Mya menggeleng. “Tak payah. Lepas muntah, aku rasa lebih baik. Betul! Jom kita main permainan lain!”
“Betul ke ni?” Phia merasa sangsi.
“Betul la!” jawab Mya.
Dasar perempuan keras kepala! Fikir Giovani.
Tetapi perkara yang sama tetap berlaku, sebaik sahaja turun daripada flying coaster, Mya muntah lagi kali kedua. Itupun disebabkan dia dah muntah tadi, kali ini yang keluar dari perutnya taklah banyak, tetapi kemudian perutnya terasa sakit dan tubuhnya lemah.
“Kau nak roti? Aku belikan ye? Ujar John yang sejak dari tadi memandang Mya kasihan. Baru dia teringat yang Mya belum makan sarapan pagi tadi, perutnya kosong.
Mya menggeleng.
Kali ini mereka memapah Mya keluar dari kawasan Dream World selepas Benjamin berkeras mahu menghantar Mya pulang kerana takut yang Mya akan pengsan pula selepas ini.
“Kau dah rasa ok ke, atau perlu aku hantar kau ke klinik sekarang? Tanya Benjamin sambil memandu kereta keluar daripada kawasan Dream World.
“Tak apa,aku cuma masuk angin. Nanti oklah.” Tutur Mya lemah.
Ketika mereka melewati laut, Mya bersuara,“ Stop dulu, Ben! Aku teringin nak tengok laut sekejap.”
Benjamin menurut, dan menghentikan keretanya di tepi pantai yang dipenuhi pengunjung itu. Semestinya tidak seperti pemandangan di masa-masa dulu, sepanjang tepi laut itu sudah dibentang dengan tembok. Kononnya untuk mencegah daripada hakisan pantai yang semakin teruk.
“Sekejap saja. Aku dah lama tak tengok keindahan laut.” Luah Mya. Mya memandang laut yang bewarna biru melalui cermin tingkap kereta. Suasana menjadi sepi tanpa kata-kata kerana masing-masing sudah letih. Kemudian, Benjamin membuka pintu sambil memasang tape yang memutarkan muzik slow yang lembut.
Tidak beberapa lama, mungkin hembusan angin sepoi-sepoi laut, Mya tersengguk-sengguk dan tertidur kelesuan di kerusi kereta.
Giovani memandang sayu gadis comel di hadapannya. Mereka yang lain keluar bergambar dan bermain air apabila Giovani tidak mahu menyertai. Selepas setengah jam, mereka masuk semula ke kereta dan Benjamin memandu kereta pulang ke rumah Mya.
Mya terbangun dari tempat tidurnya. Rasanya baru saja dia memandang laut, tapi macam mana dia sudah ada di rumah? Dia tertanya-tanya dalam hati. Mamanya memasuki bilik.
“Dah bangun Mya? Lama juga kamu ni tidur!”
“Ma, sekarang dah pukul berapa”. tanya Mya.
“Hampir pukul lima petang. Tadi kawan-kawan lelaki kamu jadi mangsa untuk kendong kamu ke bilik! Itulah, makan banyak lagi sampai semua kena angkat kamu.”
Telinganya panas. Adakah dia tersalah dengar? Mya menutup muka. Mya tidak lagi mendengar kata-kata mama seterusnya kerana sudah menyentuh pipinya yang terasa membahang. Malu! Ben, John, Kelvin dan Giov…..mengendong aku? Arghhh! Di mana aku nak sorok muka ni?
“Mya, kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?”
Mya menoleh terkejut. “Apa, Ma?”
“Malam ni jika badan kamu masih lemah, mama bawa kamu pergi jumpa doktor.” kata Mama.
Mya membaringkan tubuhnya lagi dan menarik selimut hingga menutupi wajahnya. “Mya tak nak pergi klinik, Mya nak tidur.”
“Apa? Tidur lagi? Kamu tu dah tidur hampir empat jam! Sudah, bangun pergi mandi.”
Di bawah selimut, Mya merasa jantungnya berdegup kencang. Kenapa aku boleh tertidur tadi? Macam mana sekarang ni? Nanti macam mana aku nak berdepan dengan mereka semua? Malunya!!!
Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING Aku Isteri Prince Charming Bab 4
Saturday, February 18, 2012 | 11:50 PM | 2 comments
Bab 4
Pagi itu Giov terjaga daripada tidur setelah bermimpi buruk mengenai mamanya. Dia menghela nafas sedalamnya dan bertenang. Dia memandang jam di tepi katil, pukul 5.00 pagi. Masih terlalu awal untuk ke bilik air. Dia duduk sambil memikirkan masalah yang selama ini dihadapinya. Dia berasa rindu pada zaman kanak-kanaknya dulu. Mengapa ini harus terjadi kepadaku? Getus hatinya.
George di lihatnya sedang membaca buku di atas meja belajar. George memang seorang yang suka membaca.
“George, kau rasa, kenapa dia tak nak aku? Adakah aku ini jahat sehingga dia pergi meninggalkan kita?” luah Giovani sambil cuba bertenang mengawal perasaan.
“Hmmm… Bukan. Itu bukan salah kau, cukuplah kau hidup selama ini dengan menyalahkan diri sendiri.” Ujar George menenangkannya.
“George, kenapa selama ini orang benci aku? Adakah aku bersalah terhadap mereka?” Tanya Giov meminta kepastian.
“Sebenarnya, bukan orang benci kau, tapi kau tu yang sering hidup dalam dunia sendiri. Orang takut untuk mengganggu kau. Cuba kau beranikan diri untuk menegur rakan kau, aku pasti mereka sangat sudi untuk menerima kau sebagai rakan.” jelas George.
“Tapi aku takut yang mereka akan menolak aku. Kau saja yang memahami aku.” ujar Giovani membalas.
Giovani meluahkan perasaan kepada George setiap kali dia mempunyai masalah. Giovani ini memang seorang yang sangat pendiam. Di rumah, Giovani hanya akan bercakap dengan George. Itupun jika dia benar-benar mempunyai masalah. Papanya juga jarang bercakap dengan Giovani. Giovani hidup dalam kesunyian. Biarpun sewaktu kecil dia boleh dilabelkan sebagai budak lincah, petah berkata-kata dan agak nakal namun dia berubah sekelip mata dan menyalahkan dirinya apabila mama melarikan diri daripada kehidupan mereka.
Mama pergi bersama dengan kekasih barunya yang jauh lebih kaya di saat papanya susah. Ketika itu, syarikat papa hampir muflis. Mama yang lahir daripada keluarga yang berada tidak tahan hidup dalam situasi sedemikian. Mama meminta cerai daripada papa. Papa betul-betul kecewa dan patah semangat untuk meneruskan kehidupan. Mujur ramai kawan-kawan papa yang sudi membantu. Malah, mereka turut melangsaikan hutang syarikat papa. Berkat kesungguhan dan kerajinan, papanya berjaya membangunkan kembali syarikat milik keluarga itu. Malah, empayar mereka menjadi semakin gah dan hebat.
Namun, akibat kesibukkan papanya menguruskan perihal syarikat, Giovani hidup dalam keadaan sunyi dan kesepian. Dia pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan perasaan. Mujur ada George yang menjadi teman di saat suka dan duka. Kembarnya yang selalu berada di samping Giovani untuk menemani dan menceriakan hatinya.
Semenjak itu, papanya berkahwin lain supaya Giovani mempunyai seorang ibu lagi untuk melayan kerenahnya seperti dulu. Namun, Giovani tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Baginya, mama tiada pengganti. Biarpun mama yang baru ini baik hati dan selalu membantunya menyediakan keperluan dirinya, tetapi dia tetap menganggap yang mama barunya itu sebagai orang asing biarpun sudah hampir sepuluh tahun.
Giov yang baru habis kelas Matematik bergerak ke kantin. Dia lapar. Mujur tadi dia membawa bekal. Kini dia makan sendirian di meja paling hujung. Dia teringin untuk makan bersama-sama rakan yang lain terutama mereka yang menegurnya semalam iaitu Benjamin, John dan Kelvin ketika berada di dalam kelas IT bersama. Namun, dia segan untuk menyatakan hasratnya. Tiba-tiba tanpa disangka Benjamin dan rakan-rakannya itu melambai ke arahnya.
“Hi Giov, kau bawa makanan apa ni? Nampak sedap!” Benjamin membuka bicara sambil berjalan menuju ke meja tempat Giovani duduk. Benjamin dan rakan-rakannya membawa sepinggan pasta dan sebotol air jus oren yang dibeli dari kantin.
“Err, pizza. Mama aku yang buat. Nah, ambillah, aku bawa lebih.” Tutur Giovani sambil menghulurkan tupperware hijau yang berisi pizza itu. Eh, adakah aku menyebut perkataan mama tadi terhadap isteri papa itu? Hmm…Biarlah, lagipun dia kan baik terhadap aku dan tidak pernah berkasar dengan aku selama ini. Layanannya pun baik. Mereka pun bukan mengetahui kisah silamku.
‘Eh, takpe ke? Nanti kau lapar pula kalau kami ambil. Takut pula mama kau marahkan kami nanti kerana mengambil makanan anaknya.” Kata Kelvin yang sudah kecur liur sambil memandang pizza yang merupakan makanan kegemarannya itu. Biarpun dia seorang yang kuat makan, namun badannya tetap kurus. Mungkin kerana dia gemar melakukan aktiviti lasak seperti kebanyakkan lelaki yang lain.
“Ambillah, aku pun bukan habis makan semua ni. Kan ada lima keping. Lagipun, sekeping pun dah cukup untuk mengalas perut.” Jelas Giovani tersenyum. Dia gembira kerana sekarang dia sudah mempunyai teman untuk berbicara di sekolah barunya itu. Sepanjang dia bersekolah di sekolah lamanya, dia hanya mempunyai seorang teman. Itupun kerana teman lamanya itu duduk di sebelahnya.
‘Hei, sajalah aku nak tahu, kenapa kau pindah ke sini?” Tanya John yang sedang mengunyah pizza yang diberi oleh Giov. Hmm… Sedap! Sudah habis sekeping, dia mula menjamah pasta yang dibelinya pula.
“Sebab Papa aku ingin kembali semula ke tempat lamanya dibesarkan. Aku sejak dahulu memang jarang pulang ke sini sebab papa agak sibuk menguruskan syarikatnya itu. Lagipun, disini papa ramai kenalan.” Luah Giovani.
“Oh, jadi kau tidak menolak? Apa pula kata teman wanita kau di sana? Dia tak merajuk ke?” Benjamin pula mencelah.
“Hmmm…Tidak dan aku memang tiada teman wanita ok!” Dia pantas menggelengkan kepala. Teman wanita? Sejak kecil dia sangat bencikan orang yang bergelar wanita. Dia takut mereka akan mempermainkan hatinya dan meninggalkannya dalam keadaan kecewa seperti mama. Dia takut menyingkap semula sejarah silam yang telah ditutup kemas di dalam kalbu! Namun, jika dia terpaksa berkahwin juga dengan insan yang bergelar wanita, dia telah menetapkan beberapa ciri untuk dijadikan suri hatinya.
“Mustahil! Lelaki yang handsome macam kau ni takkan tak pernah ada girlfriend?” Kelvin mula bersuara setelah sepinggan pastanya habis. Dia merasa ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan Giovani tadi. Mana mungkin lelaki yang digelar Prince Charming oleh perempuan di sekolahnya itu tidak pernah bercinta dengan seorang perempuan.
“Yes! Tolong jangan tanya aku kenapa sebab aku tidak suka.” Giov bertegas dan memberi amaran supaya perkara tentang itu tidak lagi diungkitkan mereka.
Semua terdiam. Mereka tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan teman baru mereka yang seorang ni. Mereka menghabiskan makanan yang masih bersisa. Kelas Ben akan bermula dalam masa setengah jam lagi manakala John dan Kelvin tinggal lagi lima belas minit.
Dalam perjalanan, mereka di sapa oleh Mya yang berada di hadapan di samping geng Velvet.
“Hai!" Tegur Mya.
"Hai!" Jawab mereka bertiga kecuali Giov. Mya kecik hati tapi dia tetap control. "Emm Giov, kertas yang aku bagi tu dah isi? Cuma tinggal kau saja yang belum bagi.”
“Sorry, aku lupa. Aku belum isi nanti aku bagi pada kau.” Giov menjawab acuh tak acuh.
“Apa hal dengan kaki kau? Macam mana boleh jadi macam ni? Tanya Benjamin.
“Semalam aku terjatuh tangga dekat rumah.” Mya membalas dengan senyuman.
“Hahaha. Ni mesti sebab waktu tu kau tengah berangan-rangankan?” Kelvin mebuatkan tawa semua meletus.
“Eh, mana ada!” Mya cepat-cepat menyangkal perkara tersebut biarpun itu adalah hakikat. Dia tidak mahu menjadi bahan ketawa rakan-rakannya itu.
“Hmm..hujung minggu ni jom kita keluar bersama-sama? Aku nak tunjuk kepada Giovani tempat kita. Lagipun, hujung minggu ni kan free. Nanti aku ambil kau orang semua. Bagaimana Giov, kau ada bantahan tak?” Ujar Benjamin pula.
Giov hanya tersenyum. “Ok.” Jawab Giov sepatah.
“Kau ambil kami kat tempat biasa.” Ujar Geng Velvet. Mya memahami maksud mereka. Rumah dia! Hmmm…Harap perkara seperti semalam tak berulang.
Mereka semua bergerak menuju ke kelas masing-masing. Mya dan geng Velvet ada kelas muzik kerana mereka telah menetapkan jadual yang sama sejak di awal persekolahan haritu. Mereka memang suka jika aktiviti mereka dapat dilakukan bersama-sama. Manakala John dan Kelvin pula ada kelas seni. Ben yang ada kelas kimia sebentar lagi menemani Giovani menuju ke perpustakaan kerana dia lapang waktu itu. Masing-masing sedang memikirkan tentang rancangan mereka.
Labels: AKU ISTERI PRINCE CHARMING |